Wednesday, November 18, 2009

Sg. Klah Hot Spring, Trolak



















14hb & 15hb November lalu aku telah berpeluang berkunjung ke Sg. Klah Hot Spring di Felda Trolak Perak.

Dari KL aku bertolak bersama kakakku. Perjalanan mengambil masa selama 1 setengah jam. Untuk ke sana, kami mengambil exit Sungkai dan dari exit hanya mengambil masa dalam 20 minit perjalanan ke Hot Spring tersebut.

Abangku bertolak dari Pulau Pinang pada pukul 8 pagi dan sampai di Trolak pada pukul 11 pagi. Kami menjamu selera disebuah gerai dipersimpangan felda.. aku tidak melepaskan peluang untuk makan durian & langsat yang ada dijual digerai tersebut.

Dari pemilik kedai, kami dapat tahu yang ramai penduduk felda mempunya perniagaan home stay.. harga juga amat berpatutan diantara RM80 hingga RM200 semalam mengikut bilik atau rumah. Disebabkan kami telah menempah bilik di Felda Resident Trolak, kami tidak berhasrat untuk duduk di home stay tersebut walaupun ianya lebih dekat berbanding Felda Resident.

Felda Resident pula terletak dalam 5-7km dari Sg. Klah Hot Spring. Semua kemudahan ada disana cuma tidak ramai tetamu yang menginap disana.

Pada petang hari pertama, kami mendapat tiket masuk percuma. Kami sampai disana dalam pukul 3 petang. Terdapat kolam air gunung dan sotong gergasi dan selebihnya adalah kolam air panas. Kami mencuba kolam air gunung, anak2 sedaraku cukup eppy dapat main air sementelah pula hujan renyai-renyai..

Setelah kecut, kami bergegas ke kolam air panas.. kolam yang kami masuk bersuhu 35 - 40 darjah celcius.. yang lain 45 darjah celcius ke atas.. hujan masih mencurah tapi kami sekeluarga berendam dalam kolam air panas.. Setelah puas berendam, kami mencuba merebus telur ditempat air paling panas.. hanya mengambil masa 6-7 minit, telur2 telah siap direbus... best sangat.

Selepas itu kami bergerak ke kolam air panas yang besar, dengan hujan yang masih lebat kami berendam dikolam yang berasap-asap.. anak2 cukup gembira dapat main air & main hujan beramai-ramai.. hehehe

Keesokan harinya kami sekali lagi mengunjungi Sg. Klah Hot Spring.. dengan aktiviti yang sama..

Mungkin aku akan kesana lagi kerana keadaan nya yang tenang dan masih tidak tercemar..

Bahagiakah aku??


Kebelakangan ini aku agak ceria dengan adanya seseorang melayani kerenahku..
Dia adalah teman tapi mesra bagiku.. Biarpun dulu hubungan kami terputus seketika dek kerana salah faham tapi kini ianya mekar kembali..

Tidak ku tahu kenapa ianya terjadi sebegini.. mungkin sudah ditakdirkan aku akan bersahabat dengan nya..
Kehadiran dirinya membuatkan aku ceria dan gembira.. dia cukup pandai melayani kerenahku.. Walaupun kadangkala aku kurang menyenangi usikan nya tapi aku terima dirinya seadanya.. Kerana ku tahu setiap orang pasti ada perangai tersendiri termasuk juga aku..

Seringkali dia melayani anganku.. dan kebetulan kami mempunyai angan yang sama..
Kami boleh ber 'sms' berjam-jam bila membincangkan angan-angan kami itu..
Ahh.. bahagianya kurasa waktu itu..

Baru-baru ini dia mengatakan yang dia memperoleh semangat baru bila kembali menjalinkan persahabatan denganku.. Rupanya selepas hubungan kami renggang dulu, dia jatuh dalam kehidupan dan kariernya.. Sungguh tidak ku duga..

Aku cuba memberinya semangat untuk kembali berjuang dalam kehidupannya.. Alhamdulillah, mengikut katanya.. setelah mengenali aku buat kali kedua.. dia memperoleh semangat baru untuk memajukan dirinya..

Sekali lagi aku bersyukur bila dia mengatakan yang dia telah ditawarkan pekerjaan yang lebih baik dari sekarang.. dan dia akan memulakan tugas baru minggu hadapan.. Syukur kepadaMu Tuhan.. Kau telah menolong seorang hambaMu yang amat memerlukan pertolonganMu.. Namun tidak aku nafikan yang dia cuba sedaya upaya untuk merubah dirinya.. dan ini adalah hasil usaha kerasnya itu..

Apa yang aku tidak pasti adalah hala tuju hubungan kami.. aku terima jika ianya hanya teman tapi mesra.. Tapi jika dia menginginkan hubungan yang lebih serius.. bolehkah aku menerimanya? Bolehkah aku memberi komitmen pada hubungan yang sebegitu?
Apa yang aku tahu, jauh disudut hati ini masih ada keraguan dalam mempercayai dan menyayangi seseorang bergelar lelaki..

Adakah aku serik untuk memperjudikan hidupku ini bersama seorang lelaki?? Atau aku tidak yakin yang aku akan bahagia bersamanya? Ataupun aku tidak mempunyai perasaan yang sama sepertinya?

Tuhan.. aku berserah kepadaMu.. Jika dia telah ditakdirkan untukku.. dekatkan lah dia denganku, rapatkanlah hatinya dengan hatiku.. tapi jika dia bukan untukku.. jauhkan lah dia dari mataku.. hilangkan dia dari hatiku..
Amin...

Tuesday, November 10, 2009

Kenapa?

Hari ini sekali lagi aku merasai kesedihan ini..
Sekali lagi aku merasai penghinaan ini..

Inikah yang dinamakan takdir?
Atau ini adalah jalan hidupku?

Apa yang harus aku lakukan? Aku telah berusaha untuk membahagiakan hidupku..
Tapi kesedihan dan kekecewaan juga yang aku perolehi..

Tuhan.. Dimana salahku?
Adakah lara ini akan terus menghantui hidupku?
Bilakah ianya akan berakhir?

Tuhan.. bantulah aku untuk mengharungi semua kekecewaan dan kesedihan ini..
Tiada yang lebih memahami permasalahan ini melain diriMu..
Tabahkan lah hatiku untuk meneruskan kehidupan yang penuh liku ini..
Aku tetap berdoa dan mengharapkan yang bahagia akan menantiku dihadapan..
Amin..

Sunday, November 1, 2009

Jejak Kasihan..


Hari ini aku terjumpa seorang kawan lama diFacebook.. kebetulan 2 minggu lepas aku cuba untuk menghubunginya tapi nombor telefon nya sudah tiada dalam perkhidmatan..
Aku hampa..

Dan hari ini, aku telah berjumpa dengan nya di FB.. kami berchatting diFB & YM.. kemudian bergayut ditelefon selama hampir 2 jam..

Rupanya dia baru mendaftar di FB dan orang pertama yang dia cari di FB adalah aku.. Terharu sangat... Masih aku ingat zaman nakal dikampus dulu.. mengusik rakan2 adalah kerja aku dan dia.. kerenah kami berdua akan membuatkan rakan-rakan disekeliling kami tak kering gusi..

hmm rindunyer dengan kehidupan kampus.. alangkah baiknye kalo aku dapat mengulangi saat-saat manis tu..

Sebenarnya bukan itu yang aku nak coretkan disini, rupanya rakan ku tadi sedang menghadapi hari-hari paling sedih dan kecewa dalam hidupnya.. Dia kecewa dengan seseorang yang bergelar seorang lelaki.. Selama 9 tahun menyemai kasih, tiba-tiba hatinya yang berbunga dicarik oleh sang lelaki dengan perkhabaran yang dia telahpun berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak.

Aku dapat bayangkan betapa hancurnya hati rakanku dengan perkhabaran itu.. Rupanya selama 9 tahun ini, dia dihidangkan dengan pembohongan semata-mata. Dalam erti kata lain dia telah ditipu oleh lelaki yang dicintainya...

Apa yang dapat aku lakukan hanyalah mendengar semua keluhan nya dan menasihatinya agar melupakan lelaki itu dan tabah dalam menghadapi dugaan ini. Aku tahu dia seorang yang tabah, cuma aku tak pasti samada dia dapat melalui semua ini seorang diri..

Kepada D, aku doakan engkau tabah dan ingatlah apa yang terjadi ini akan ada hikmahnya nanti.. Sama-sama kita lalui hidup ini k..

Jika Kau Ubah Fikiran

Diriku sedar siapalah ku dimatamu
hanya sebutir pasir di pantai kau berlabuh
cukup di situ hasrat ku terkubur

Kau juga bilang kau belum bersedia lagi
untuk mengganti pasangan dalam sanubari
mungkin kerna masih basah luka lama

Jika kau ubah fikiran
aku kan setia menanti
jika kau perlukan teman
carilah disini
jika kau ubah fikiran
untuk jatuh cinta lagi
yang pertama ke depan
jika kau ubah fikiran

Akan ku serah segalanya oh kepadamu
senang atau susah aku tabah tuk menempuh
tapi sayang hatimu belum terbuka

Jika kau ubah fikiran
aku kan setia menanti
jika kau perlukan teman
carilah disini
jika kau ubah fikiran
untuk jatuh cinta lagi
yang pertama ke depan
jika kau ubah fikiran

Aku mahukan kamu
sungguh benar dan jujur
aku mahukan kamu
sungguh benar dan jujur
tapi sayang hatimu belum terbuka

Jika kau ubah fikiran
aku kan setia menanti
jika kau perlukan teman
carilah disini
jika kau ubah fikiran
untuk jatuh cinta lagi
yang pertama ke depan
jika kau ubah fikiran

Aku kan setia menanti
jika kau perlukan teman
carilah disini
jika kau ubah fikiran
untuk jatuh cinta lagi
yang pertama ke depan
jika kau ubah fikiran
jika Kau Ubah Fikiran

Template by:

Free Blog Templates