Aku stay di Residence Desa Lagoon Resort - tempatnya cantik dan selesa.
Tujuan utama adalah untuk merelaxkan diri dan menghilangkan stress.. Fuh!! memang best..
Memang menyeronokan bila teman2 sekepala yang pergi.. Masa dihabiskan dengan berjalan-jalan sekitar pekan PD dan bershopping di Telok Kemang..
Aktiviti utama bila di resort adalah berendam dalam swimming pool.. Sampai aku gatal2.. hehehehe rupanya aku elergik pada klorin yang banyak dalam swimming pool tu..
padan muka aku... hahahaha
Malam pertama, kami menjamu selera di sebuah restoran bersebelahan Petronas PD - masakan memang sedap dan harganya pun boleh tahan.
Keesokan hari, aktiviti pertama berendam di kolam mandi hingga ke tengahari. Penat mandi kami memanjakan perut di Cafe Laguna... Makanan nya agak kureng skit!!
Kami berjalan2 sekitar Telok Kemang.. Membeli seluar pendek, selipar & topi.. Tapi yang menariknya, Zaharin dapat beli "seluar Carmen" hahahaha.. hanya kami saja yang tau rupa seluar tu... Kemudian membeli belah makanan laut untuk dibuat BBQ.. nyaris2 kena saman dengan polis.. Mahap Tok!!
Malam kedua, kami buat BBQ ditepi pantai. Bertemankan lampu kereta Zaharin, kami berjaya membuat simple BBQ malam itu.. Terima kasih buat Mariam kerana sudi datang dan memeriahkan keadaan..
Kami bertolak pulang pada tengahari ahad, disebabkan "kes kecemasan" kami telah singgah di Cyberjaya... dan kami sempat pekena nasi mamak di Cyberjaya..
Perjalanan diteruskan ke Alamanda Putrajaya (idea Zaharin)... Selain berwindow shopping, aktiviti yang tidak ketinggalan adalah makan-makan.. hehehe
Selepas penat berjalan dan makan kami bergerak pulang ke rumah masing2..
Tapi percutian kali ini memang menyeronokkan...
0 comments:
Post a Comment