Wednesday, December 3, 2008

Apa nak jadi??

Alhamdulillah pagi tadi aku bangun dari tidor, aku merasa segar walaupun hampir terjadinya mata "Mbok Miah".
Hehehe.. terima kasih kepada pencipta eye shadow kerana dengan hasil ciptaan nya aku dapat menyembunyikan mata "Mbok Miah"
Hampir 3 pagi baru aku dapat melelapkan mata dek kerana ketidakstabilan emosi..
Bila aku fikirkan balik, apa nak jadi dengan diriku ni??
Masih mengharap keajaiban dalam hidupku walaupun terang-terangan ia tak mungkin berjadi..
Kenapa akalku ini masih berdegil untuk menafikan semua itu?
Kenapa aku tidak dapat menerima kenyataan hidupku ini dan melupakan apa yang telah terjadi..
Kenapa? Mengapa?..
Aku masih buntu untuk mencari jawapannya..

Apa pun terima kasih pada "Ehem-Ehem" kerana menemaniku sepanjang malam tadi..
Memberi nasihat dan kata-kata semangat untuk aku kembali kepada diriku..
Alhamdulillah, setelah puas melepaskan apa yang terbuku dihati..
aku berjaya menenangkan hatiku.. itupun atas bantuan "Ehem-Ehem"..
Aku harap dia OK hari ini kerana hanya sempat tido 2 setengah jam...

Kepada yang mengerti kisahku ini, doakan lah aku tabah menghadapi dugaan ini..
Mungkin dimata kalian ini adalah rencah hidup yang remeh tapi bagi aku.. yang melaluinya,
ia amat berat untuk ditanggung seorang diri..

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates