Pada 13 September 2008, aku menyertai Konvoi Sahur ke Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Iman di Manjoi Perak.
Program ini dianjurkan oleh SIM group(sahabat interaktif malaysia) dan Yayasan Nurhikmah. Makanan sahur pula ditaja Nippon Express dan Mangkuktingkat.com.
Inilah kali pertama aku menyertai program yang dianjurkan oleh SIM walaupun telah agak lama menjadi ahli SIM.
Peserta berkumpul di R&R Sg.Buluh dan disitulah baru kami saling berkenalan antara satu sama lain. Kami bertolak dalam 6 kenderaan ke Manjoi pada pukul 1 pagi dan sampai disana pada pukul 3.45pagi. Walaupun hujan renyai-renyai dan tersesat jalan, kami sampai di Rumah Nurul Iman dengan selamatnya.
Kami disambut oleh Pengetua Nurul Iman dan pekerja-pekerjanya yang lain. Kami bersama-sama membuat persiapan untuk bersahur dan mengejutkan anak-anak untuk bangun bersahur.
Geli hati melihat telatah anak-anak ini yang masih kecil dan terpisat-pisat bangun untuk bersahur. Dan kelakarnya masih ada yang terlena di meja makan..
Kami bersahur dalam keadaan yang sederhana dengan makanan yang disediakan oleh mangkuktingkat.com. Sedap makanan tu, terima kasih Uncle..
Selepas selesai memberi sumbangan dan cenderamata kepada semua anak-anak disitu, kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai mengerjakan solat subuh dimasjid yang berdekatan.
Alhamdulillah, hasrat untuk membuat kebajikan telah tercapai di bulan Ramadhan kali ini. Kunjungan kami ini juga telah memberikan keinsafan kepada kami semua dan Insyaallah kami akan terus menyertai program-program sebegini dimasa hadapan..
0 comments:
Post a Comment