Sekembalinya aku dari Penang, sakit kepalaku makin teruk dan disebabkan sakit kepala itu mata kananku menjadi kabur tidak semena-mena. Setiap kali sakit kepalaku menyerang, aku hanya bertahan dgn tidur.
Keesokan hari aku ke klinik setelah tidak tahan lagi dengan sakit kepala dan mataku yang kabur. Aku diberi pain killer, antibiotik dan ubat sinus kerana doktor mengesyaki yang sakit kepalaku itu disebabkan oleh sinus. Aku risau berkenaan mataku tapi doktor menyuruh aku bersabar dan selepas tiga hari dtg balik berjumpa dengannya jika keadaan masih sama.
Hari ini 3 Jan, mataku makin kabur dan ini membuatku bertambah risau. Aku ke pejabat dan rakan2 terdekat menasihatkan aku utk ke klinik yg lain utk dptkan 2nd opinion. Jadi aku bergegas ke klinik yang agak jauh sari pejabat dan disana doktor telah mengesyorkan aku berjumpa dgn doktor mata di Tun Hussien Onn National Eye Specialist Hospital.
Aku terus kesana dan sabar menunggu giliran. Semasa berjumpa dgn doktor, doktor menjalankan beberapa test pada mata kanan aku dan doktor menjelaskan yg mata kanan aku mengalami radang dan preasure dlm mata terlalu tinggi iaitu dgn bacaan 48. Preasure normal adalah antara 17 hingga 20. Doktor mengeluarkan cecair dari dlm mata kanan dgn picagari kecil dan menitiskan ubat dlm mataku untuk mengurangkan preasure. Doktor mengatakan yg aku bernasib baik kerana dtg berjumpa dengannya awal, jika tidak dia takut yang radang tu akan merebak ke bahagian mata yg lain. Disebabkan keseriusan keadaan mata aku, Doktor mengesyorkan aku utk dimasukkan ke wad utk pemantauan dgn lebih teliti tapi aku menolak. Nasib baik doktor tidak memaksa, so esok pagi aku harus berjumpa dgn doktor seawal pagi untuk memeriksa keadaan mataku. Doktor juga tidak pasti apa yg menyebabkan mata aku jadi seperti itu.
Sebelum pulang ke rumah, doktor memberi steroid utk aku makan selama 3 hari selain dari 3 jenis ubat titik dan 1 jenis pil utk aku makan. Aku disarankan untuk berehat saja dirumah. Setelah menelan semua pil termasuk pil steroid dan pil sakit kepala, aku tertidur sebentar. Bila terjaga dari tidur, aku rasa sepertu mata aku semakin ok. Alhamdulillah!!
Esok pagi aku akan kehospital lagi utk pemeriksaan. Harap2 keadaan mata aku semakin pulih dan tak perlulah aku untuk ditahan di hospital.
Aku berdoa dan berharap penglihatanku akan kembali seperti asal secepat mungkin. Amin!!