21 Jun 2012 tahun ini genab umur aku 33 tahun. Dah tua dah kan? Hehehe.. Seperti tahun2 lepas, aku tak de plan apa2 untuk birthday aku. Tapi disebabkan tahun ni aku ada banyak cuti yang nak dihabiskan so aku ambil keputusan untuk aku cuti pada hari lahir aku.
Malam birthday aku, as usual banyak sms yang aku terima untuk ucapkan selamat hari lahir tapi aku hanya balas pada pagi 21 Jun tu sebab aku tido awal.. hehehe. Lepas breakfast, aku bersiap2 nak ke pejabat KWSP buat kali kedua untuk menguruskan pengeluaran duit deposit umah dari akaun 2. 11 Jun 2012 aku dah pegi tapi ada 1 dokumen tak lengkap. So since aku dah dpt dokumen tu dari lawyer aku, so boleh la aku settlekan hari ni. Dalam pukul 10.45 pagi aku sampai di HQ KWSP dan aku terus berjumpa dengan pegawai yang bertugas. Selepas diteliti, ada lagi satu dokumen tambahan yang diperlukan. Nasib baik pegawai tu baik, dia suruh aku mintak lawyer aku fax kan CTC dokumen tu pada dia, so aku tak yah datang balik. Aku pun suruh lawyer aku hantar fax kepada pegawai tersebut tapi aku kena tunggu untuk selesaikan urusan nih. Selepas 20 minit, pegawai KWSP tersebut dah dapat dokumen yang diperlukan dari lawyer aku. Dan hanya berurusan selama 10 minit, segala urusan dah selesai. Aku akan dapat duit dlm masa 2 minggu.. Yeeaaaaa!!!
Selepas itu aku bergegas ke Sime Darby, aku dah janji nak lunch dengan kakak aku & geng DD. So kami bergerak ke Victoria Station Jalan Ampang. Dapat makan steak favorite aku kat sana.. Bestnyer & dah lama tak berborak dengan geng DD. So kami plan nak ke Korea next year, Insyaallah.
Lepas lunch, dari Sime Darby aku ke Mid Valley. Last week aku kan tak berapa sihat, so aku amik keputusan untuk ke Spa & massage. So aku terus ke Thai Odyssey Massage kat level 2 Mid Valley. Pilih pakej & terus je masuk untuk massage. Selepas 1 jam setengah, dah selesai dan rasa segar je badan nih. Aku pun balik & lepak kat rumah sambil membalas sms dan FB wishes dari kengkawan aku.
Tahun ni aku beli hadiah untuk diri sendiri sebagai ganjaran or reward sebab dah berjaya mengharungi liku2 hidup aku yang mencabar ni sampai ke hari ni. Aku beli handbag & wristlet Coach Original dari US berharga RM1300. Kawan kepada kakak aku bercuti di US so aku mintak dia tolong belikan handbag tu kat sana. Mahal tak?? Hehehe kalo kat Mesia, harga 2 barang tu lebih kurang RM3600. So consider murah la kan??
Pada 22 Jun 2012, aku ke opis dan kengkawan opis membuat simple party untuk aku selepas time keje. Diorang beli kek & pizza untuk party nih. Terharu aku dengan ingatan diorang tu. Tapi apa yang buat aku hangin, bila diorang hadiahkan aku frame gambar + gambar aku dengan TTP (teman tapi mesra) aku yang diorang assume kitorang ada hubungan cinta yang dirahsiakan dari diorang. Walaupun berkali2 aku menafikan dan menjelaskan perkara sebenar, diorang masih tak percaya. Hmmm.. nak tak nak terpaksa aku terima dan wat bodoh jer lah.. Gambar ni diambil oleh Kak Mas weekend lepas (15 - 17 Jun 2012) masa kitorang melepak di Port Dickson selama 2 hari 2 malam kat Singapore House @ Banglo Sime Darby kat Jalan Pantai.

Aku amat bersyukur kerana Allah telah panjangjan umurku setahun lagi dan apa yang aku harap dan doakan adalah aku akan jadi lebih tabah dan sabar dlm menghadapi liku2 hidup ni dan aku akan beroleh kejayaan dan kebahagiaan yang aku impikan. Amin & Insyaallah!