Sunday, February 19, 2012

Hello...

I've been alone with you inside my mind 
And in my dreams I've kissed your lips a thousand times 
I sometimes see you pass outside my door 
Hello, is it me you're looking for? 

I can see it in your eyes 
I can see it in your smile 
You're all I've ever wanted, and my arms are open wide 
'Cause you know just what to say 
And you know just what to do 
And I want to tell you so much "I love you"

I long to see the sunlight in your hair 
And tell you time and time again how much I care 
Sometimes I feel my heart will overflow 
Hello, I've just got to let you know 

'Cause I wonder where you are 
And I wonder what you do 
Are you somewhere feeling lonely, or is someone loving you? 
Tell me how to win your heart 
For I haven't got a clue 
But let me start by saying "I love you" 

Hello, is it me you're looking for? 
'Cause I wonder where you are 
And I wonder what you do 
Are you somewhere feeling lonely or is someone loving you? 
Tell me how to win your heart 
For I haven't got a clue 
But let me start by saying "I love you"

Kaseh : so touching..

Segalanya Pasti..

Gelora melanda di dalam hidupku
Dapatkah kucari tenang
Awan kelabu menutup cahaya
Masa kurasa sinarannya

Sampai bilakah aku menahan tangisan
Yang berlubuk dalam jiwa
Namun ku mampu tersenyum
Pada isi alam
Dan padamu, yang mengcewakan
Tiap harapan hatiku
Kini membeku dan kau pun membisu

Gelora melanda didalam hidupku
Dapatkah kucari tenang
Hilang di jiwa
Wajahmu sering kujumpa
Serasa beratnya
Jiwa tertekan

Serasakan ingin ku bertanya
Padamu takdir yang lama di sana
Mengapakah aku diperlakukan
Dengan beban cinta yang kecewa

Relalah aku menerimanya
Kutahu esok tiada serupa
Moga ada rahsia kekecewaanku
Bagai penawar ketenangan

Dalam hidupku berilah sinar
Beraraklah awan yang kelabu
Tidak salahmu
Yang menghancurkan
Dan demi Tuhan Yang Esa
Bahgialah dikau

Kembali seperti dulu..

Hari ni hari Sabtu (18  Feb 2012.. tiada rancangan untuk hari ni tapi dalam fikiran aku masih memikirkan kerja-kerja aku di pejabat. Kakak aku awal-awal pagi lagi dah keluar dengan suami tercinta mencari sarapan dan membuat urusan mereka. Aku? Pukul 10.30 pagi aku dah berada dipejabat. Hanya budak despatch yang ada di pejabat hari nih, ditambah pula dengan hujan renyai2 dari subuh tadi. 

Berada sorang diri di pejabat yang sunyi, tidak membuatkan aku seram.. sebab sebaik membuka PC, aku dah tak ingat apa2 lagi dah. Tumpuan aku adalah nak menghabiskan budget untuk seluruh Institut pada hari ini. Sedar2 dah pukul 1 petang, dan aku dikejutkan dengan sapaan Mr Chua (ex-staff) @ supplier untuk water dispenser office aku. Selepas menyiapkan budget & di emailkan pada semua HOD, aku start buat budget untuk department aku plak. Dalam pada masa yang sama, aku proses EA form untuk staff2 aku.

Sedar2 dah pukul 3.30 petang, pagi tadi aku plan nak balik pukul 3.30 tapi lepas buat budget department aku proses long service award pulak untuk 5 tahun akan datang. Last2 aku keluar office pukul 4.45 petang. Bila aku fikir2 balik, life aku sekarang dah jadi macam dulu balik. Masa tahun 2008 selepas break off dengan 'dia', boleh dikatakan setiap hari sabtu, sure aku akan berada di pejabat menghabiskan kerja2 harianku. Sekarang walaupun tidak setiap minggu, tapi aku dah mula meluangkan masa weekend aku dipejabat. Pernah kawan baikku menegur aktiviti aku nih, dia menyuarakan kebimbangannya bila aku asyik habiskan masa dipejabat. Dia takut aku tidak bersosial dengan dunia luar jika asyik terperuk dipejabat. Ada asas kebimbangan dia tu.. Tapi buat masa sekarang, aku tak ada pilihan.. Melepak dirumah sorang2 pun bosan, baik aku ke pejabat dan habiskan kerja2 aku yang makin banyak sekarang nih.

Tapi aku tahu pilihan aku itu tak baik untuk kehidupan aku.. Tapi.. Entahlah.. Aku pun tak pasti sampai bila aku akan melalui kehidupan yang sebegini.. Aku harap akan ada perubahan dalam hidupku nanti. Insyaallah!!

Eisya Nurani


Malam ni aku layan youtube & dengar lagu-lagu lama. Tetiba dengar lagu Nurani nih, yang dah lama aku tak dengar. Aku tahu lagu ni lagu sedih, then aku terbaca komen kat lagu nih. Diorang bercerita tentang Teh Afifah yang dikaitkan dengan lagu nih. So aku pun google pasal Teh Afifah.. Bila aku baca kisah Teh Afifah sambil dengar lagu nih, aku tersedu-sedu menangis.. Walaupun kejadian tu berlaku pada Disember 2009, tapi aku rasa Teh Afifah masih merasai kesedihan tu sampai sekarang.

Aku doakan Teh Afifah beroleh kebahagian selepas melalui kejadian sedih itu.. Amin!

Wednesday, February 15, 2012

Nostalgia 14 Feb

Hari ni 14 Feb 2012, ehh bukan hari ni dah jadi 15 Feb 2012 since sekarang dah pukul 12.15 pagi. Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah tanggal 14 Feb ni sebenarnya. Mungkin bagi semua orang 14 Feb adalah hari kekasih but not to me.. 14 Feb bagi aku adalah tarikh lahir kepada salah seorang teman yang agak istimewa di masa remaja aku. Hari lahir Mohd Naim Bin Othman :-D. 

Naim adalah salah seorang classmate aku semasa aku berada di tingkatan 3. Dia ditukar masuk ke kelas aku pada masa itu, so nak dipendekkan cerita aku tak pernah bercakap dengan dia sepanjang tingkatan 3 walaupun kami sekelas. Tapi kami mula rapat di tingkatan 4.. Selepas PMR, ramai kawan2 aku yang berpindah sekolah dan hanya 16 orang yang layak untuk masuk ke tingkatan 4 sains termasuklah aku & Naim. Disebabkan bilangan yang sikit, hubungan kami seluruh kelas mulai rapat. Naim agak pendiam, tapi selalu tersenyum & boleh dikatakan dia ni kategori yang comel la.. hehehe terbayang muka dia dikala aku menulis post nih.. Aku, Naim & beberapa lagi kawan2 aku dari kelas perdagangan selalu stay back lepas sekolah untuk buat homework & discuss pasal subjek2 tertentu. Dan normal la kan masa tu kekadang bukan study pun.. berborak je banyak. Dan masa ni lah aku kenal Naim dengan lebih rapat.. cewah! Dia banyak bercerita tentang latar belakang family dia yang agak susah dan masalah2 yang dia & adik2 dia hadapi. 

Dia nak sangat masuk sekolah teknik dan dengan result PMR dia, dia memang layak untuk masuk ke sekolah teknik. Dia keberatan nak apply masuk sekolah teknik disebabkan kekangan kewangan dan tak yakin yang dia mampu bersaing dengan student teknik yang lain. Aku cuba meyakinkan dia dan membantu dia memohon masuk ke sekolah teknik. Alhamdulillah, usaha kami tak sia-sia dan dia diterima masuk ke sekolah teknik. Masa tu nak masuk sekolah teknik bukan senang, perlu ada result yang baik baru boleh masuk.. Since then, kami banyak berhubung melalui telefon & surat.. Masa tu jugak macam ada something is going on between us.. He admitted that he has a feeling towards me & me too.. But unfortunately, one of my classmate found his letter to me and found out about our early stage special relationship.. This girl get his address and started writing to him and tell him bad thing about me.. To cut short, he ended with that girl.. huhuhu pity me right?? But even though we haven't contacted each other, but every year I did sent him a birthday card to his house until I went to university. I stop because I didn't see the rationale for me to wish him on his birthday anymore.

Tapi setiap kali 14 Feb kembali, aku pasti teringat pada Naim.. Kenangan manis tu tak akan aku lupa sampai bila-bila dan aku doakan doa berbahagia dan didalam lindungan Allah sentiasa. 

Bila bercerita tentang masa remaja dan tingkatan 3, aku teringan 1 nama yang aku cipta bersama kawan2 rapat aku untuk mengingati budak2 lelaki yang suka pada aku masa tu.. Kiranya masa tu masa kegemilangan aku la kat sekolah.. hehehe boleh gitu? Aku, Imah, Lisa & Lini yang cipta nama tu untuk jadi kenang-kenangan kami. Nama tu adalah ROSHAZARILIANA.

RO = Roslan (Abg Senior - Tingkatan 6)
SHA 1 = Shahrul (same age tapi kelas lain)
SHA 2 = Shahril (same age - sama kelas)
ZA = Zack (Abg Senior - Tingkatan 5)
RI = Jefri (Senior - Tingkatan 4)
LI = Zaili (Senior - Tingkatan 4)
NA = Naim (same age - sama kelas)

Those are the guys who fall for me.. hehehe trying their best to win my heart.. lawak giler kalo teringat masa nih. Nak pegi toilet or kantin or library pun terasa payah coz ada jer yang akan sekat tengah jalan. Yang bagi surat tak yah cakap la kan.. macam2 gaya ada.. Hehehe kelakar giler masa tu.. Tapi hanya sorang yang berjaya.. cuba teka sape?? Hehehe biarlah rahsia bak kata Dato Siti.. Next time aku cite sape yang berjaya ok!

So far lepas aku keluar dari sekolah tu & further study, aku dah tak pernah jumpa mamat2 tu semua.. Elok jugak la coz kalo jumpa sure diorang malu kan? or aku yang malu? hahaha dan awal tahun lepas aku ada pergi ke reunion sekolah aku yang dibuat secara kecil-kecilan. Kawan2 rapat aku jer yang buat gathering sebenarnya tapi aku datang solo and yang lain datang bersama hubby n wife masing2.. Salah satu topik yang dibincangkan adalah kenapa aku sorang yang masih solo sampai sekarang sedangkan dulu aku yang paling ramai peminat?? hahaha jawapan aku senang jer.. JODOH belum sampai.. Jangan pertikaikan ketentuan Tuhan.. jawapan aku yang paling selamat.. hehehe.

Apa-apa pun aku rasa time sekolah menengah lah banyak kenangan manis & pahit yang aku lalui.. Semua tu yang mematangkan dan mengajar aku dan menjadikan diri aku seperti ini sekarang.. Syukur Alhamdulillah. Harapan aku nak buat gathering lagi next time & kali ni nak semua classmate aku datang.. Insyaallah!

Thursday, February 2, 2012

Jenjalan @ One Utama

Hari Sabtu lepas, 28 Jan 2012 aku keluar berjalan-jalan di One Utama dengan SO. Actually aku tak plan pun untuk ke sana tapi kebetulan SO ajak aku keluar & tanya nak kemana, laju jer aku jawab nak ke OU. hehehe bila dia tanya nak buat apa pegi OU, aku jawab saje jer.. hehehe boleh gitu? Nasib baik SO ni jenis yang cool, so dia tak banyak songeh dan ikut jer cadangan aku.

Sebenarnya ni 1st time aku keluar berdua dengan SO coz sebelum nih selalunya kakak aku akan ada bersama. Tapi aku ok jer sebab SO ni kelakar & easy going. So tak de masalah nak keluar berdua dengan dia. Dah agak lama aku tak melawat OU, dan banyak perubahan yang berlaku kat OU tu.. Tapi perubahan yang menarik la.

Sampai OU, aku mintak nak brunch coz aku belum makan lagi hari tu. Then kami makan & lepak kat Kluang Station Kopitiam. Then melilau carik surau kat OU.. hehehe kelakar masa ni sebab kami berdua bercanggah pendapat pasal kedudukan surau kat OU.. hehehe last2 SO jugak yang betul.. hahaha nampak sangat dah lama tak gi OU coz dia dah buat surau yang lebih besar & selesa rupanya. Lepas tu aku just nak masuk Jusco nak window shopping tapi sebab SO tak nak temankan, aku pun malas la nak window shopping sorang2. Then he suggested to watch movie.. aku on jer.. Kami tengok The Journey 2: The Mystery Island. Agak bosan gak citer tu.. mungkin bagi budak2 best kot. Abis tengok movie, kami minum petang kat Doli TTDI. Makan lagi sebelum balik.. Hmm kalo kerap keluar ngan SO ni sure la aku makan gemuk.. sebab dia pun jenis yang kaki makan mcm aku.. hehehe

Tapi dah lama aku tak rasa happy macam tu.. Rasa relax & tak penat kepala otak bila keluar dengan SO. Aku boleh jadi diri aku sendiri, tak payah berpura-pura jadi orang lain. Aku boleh bagi apa2 pendapat aku tanpa rasa takut. Alangkan bagusnya kalo orang lain pun boleh accept aku mcm mana SO accept aku sebagai kawan dia.. Looking forward to meet him and teasing & laughing about anything that came to our mind.. :-)

Brainstorming Session

Minggu ni adalah minggu bz sedunia.. hehehe. Hari Isnin lepas (30 Jan) ada Management Brainstorming Session seharian. Next day sambung lagi dari pukul 10 pagi sampai pukul 6 ptg. Hari Rabu sib baik cuti Hari Wilayah. Hari ni (2 Feb) sambung presentation plak dari pukul 9.30pg sampai kul 3 ptg.

Abis session, aku plak bz nak siapkan barang2, compile slides presentation untuk dibawa ke Nilai Spring Resort kat Nilai esok. Esok pukul 11 pg kena gerak ke sana & stay 1 malam untuk 2nd session brainstroming dengan President plak. Aktiviti esok, esok malam & lusa (Sabtu) full.. tak leh main2 lak tu.. Sure keletihan nanti.

Sepatutnya aku bercuti panjang dari 1 Feb sampai 7 Feb, tapi disebabkan session ni aku terpaksa batalkan cuti aku. Tapi aku akan bercuti dikampung lepas session nih. Tentatively session akan habis pukul 5 ptg hari Sabtu, aku akan balik ke kampung malam Sabtu menaiki tren pukul 11 malam dan sampai Butterworth kul 7 pg. Tak sabarnya nak balik kampung :-)

Aku harap brainstorming session aku esok & lusa akan berjalan lancar dan aku harap apa yang kami cadang dan usulkan akan menjadi kenyataan..

Template by:

Free Blog Templates