Saturday, December 24, 2011

Home Alone

Hari minggu kali ni agak panjang sebab Isnin nanti cuti ganti untuk Christmas. Mungkin ramai yang balik kampung atau ambil kesempatan pergi bercuti. Tapi aku?? Seperti minggu2 yang lepas, memeruk dirumah sorang diri. Aktiviti? Tido, layan TV, makan, layan internet, tido & makan. Itu la aktiviti aku untuk hari ni & 2 hari akan datang.

Aku terfikir untuk ke office esok (Ahad) sebab kerja memang banyak lately nih. Tambah2 dah ada bos baru nih, semuanya nak suruh aku buat.. Bukan nak komplain tapi rasa macam tak cukup tangan nak buat. Tapi elok jugak untuk kareer aku sebenarnya.. banyak yang aku boleh belajar dengan buat perkara2 baru di office.

Tapi bila difikirkan balik, masa aku banyak dihabiskan di office sekarang nih. Pukul 7.30 malam selalunya baru aku balik dari office. Sampai rumah, makan & tido. Letih tak yah cakap la kan.. Weekend pulak berkurung dalam rumah.. Aktiviti sosial dengan kengkawan dah makin kurang. Tapi apa boleh buat, dah life aku macam nih. Kadang2 bila sesekali terfikir pasal nih, terasa sedih dan tertekan.. Ye lah, life aku dah kurang menarik dan menggembirakan macam dulu.

Aku pun tak pasti sampai bila aku akan melalui life macam nih.. Harapan untuk dapat life macam dulu memang ada tapi dari hari ke hari harapan tu dah semakin hilang.. Apa2 pun aku kena pasrah dengan life ni & ketentuan Tuhan untuk diri aku.

City Hunter @ Lee Min Ho



Hari ni, 24 Disember 2011 aku dah habis layan drama bersiri korea City Hunter. Kali aku ambil masa selama 1 minggu lebih nak habiskan cite nih sebab aku agak sibuk kebelakangan nih. Cite ni agak berlainan dengan cite2 korea yang lain sebab ia lebih kepada cite balas dendam dan pergaduhan. Tapi diselitkan juga cite cinta dan ianya hanya unsur2 sampingan jer.

Apa2 pun lakonan Lee Min Ho memang best dengan aksi2 lasaknya. Walaupun lasak tapi dia tetap cute.. Park Ming Young pulak memang comel dengan gaya girly tapi lasak.. Both of them are good together actually.. hehehe.

Saturday, December 10, 2011

Ombak Rindu



Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Kaseh : 4hb Disember & 9 Disember 2011, aku telah pergi menonton cerita Ombak Rindu di KLCC. Berbaloi untuk tengok 2 kali sebab keberkesanan Aaron Aziz melakonkan watak Harris. Tiap kali dengar lagu ni, pasti akan bergenang air mata dan terasa sedih sangat. Misi untuk weekend nih, nak selongkar kotak koleksi novel-novel aku sebab nak cari buku Ombak Rindu. Terasa nak baca sekali lagi.. Sure boleh release stress sebab tak henti2 nangis kalau baca novel tu.

Ombak Rindu - Untuk Kamu



Raut wajah…Mendamaikan…
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata…Mempersona…
Bagai gugur seluruh jantungku…

Aku Ingin engkau tahu…
Cinta aku satu…
Tercipta buat dirimu..
Hanya… Untuk kamu…

Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu…..
Tercipta buat dirimu…
Hanya untuk kamu…

Template by:

Free Blog Templates