Tuesday, September 27, 2011

Kenangan oh kenangan...

Since raya hari tu aku kerap kali teringan pada ex-boyfriend (boyfriend ke? hehe) aku dulu iaitu SAA @ pakcik. Kenapa aku gelarkan dia pakcik? Sebab dia lebih tua dari aku, perbezaan umur kami lebih kurang 15 tahun. Aku berkawan dengan pakcik lebih kurang 3 tahun.. satu jangkamasa yang agak lama la bagi aku.

Sepanjang mengenali pakcik, aku memang ditatang seperti minyak yang penuh, nasib baik la aku ni jenis yang tak suka mengambil kesempatan. Kalo tak, sure aku dah senang sekarang ni. Ye lah, pakcik ada busines sendiri + bekerja di sebuah hotel yang agak terkenal diKL sebagai salah seorang pengurus. Cakap je nak apa, pasti akan dibelikan... hehehe tapi aku bukan mata duitan. Pakcik pernah menyuarakan nak belikan aku kereta, masa tu aku baru dapat lesen kete, tapi aku tolak. Aku cakap, aku akan beli keta satu hari nanti tapi dengan duit hasil titik peluh aku sendiri.. cewah! Pakcik hormati pendirian aku tu. Tapi setiap kali hari raya, pakcik akan belikan aku sepasang baju raya, handbag & kasut. Kiranya lengkap la 1 persalinan raya untuk aku.

Aku stay area Bangsar, pakcik pulak stay kat Klang. Aku bekerja di Damansara dan dia bekerja di Bukit Bintang. Setiap hari dia akan datang ke Bangsar, ambil aku dan hantar ke Damansara pastu dia akan patah balik ke Bukit Bintang. Setiap hari without fail... Hmm batapa sayangnya dia kat aku. Hari minggu pulak, dia selalunya bekerja tapi dia akan pastikan dia akan membawa aku keluar lunch, dinner atau tengak wayang pada hari Sabtu & Ahad. Bila aku tanya kenapa, jawapanya dia takut aku keluar dengan orang lain sebab dia tahu aku cepat bosan kalau tak buat apa-apa kat rumah dihari minggu.

Satu lagi kenangan yang aku tak dapat lupa ialah, aku ni jenis yang tak suka minum air panas selalunya aku akan order air sejuk @ air berais tak kiralah pagi atau malam. Selepas aku kenal dia, setiap hari breakfast dia akan orderkan aku air panas, pakcik cakap tak elok minum air berais. Dan untuk memastikan aku habiskan air panas tu, dia akan meniup air tu sampai suam, then baru aku minum.. Hmm korang dapat bayangkan tak?

Bila aku berkerja di Perak, pakcik akan datang melawat aku 2 minggu sekali. Dan selalunya kitorang akan berjalan2 ke Penang. Aku mengadu yang aku bosan keje kat Perak then dia belikan aku DVD player dan banyak DVD2 filem terbaru untuk aku hilangkan kebosanan.

Banyak lagi kenangan2 yang manis antara aku dan pakcik.. kalo nak cite sure sehari pun tak cukup untuk aku menaip. Dipendekkan cite, aku terpaksa putuskan hubungan kami kerana aku tahu yang hubungan kami tak akan mendapat restu dari famili aku. Then aku tak nak dicop jadi anak derhaka, so walaupun berat hati nak lepaskan dia tapi aku terpaksa cekal dan kuatkan hati aku untuk melukai hati pakcik...huhuhuhu.

Sepanjang hidup aku, aku rasa pakcik lah yang paling sayangkan aku.. walaupun selepas pakcik ada beberapa insan lain yang singgah dalam hidup aku tapi aku rasa dialah yang terbaik.. cukup sabar dengan kerenah aku.. sangat memahami.. caring... loving.. matang dalam membuat keputusan.. cukup bertolak ansur... mungkin sebab itu aku tak boleh nak lupakan dia 100% walaupun dah hampir 7 tahun aku tak bertemu dan mendengar cite berkenaan pakcik..

Aku doakan pakcik bahagia dan berjaya dalam hidupnya... Amin!

Tuesday, September 13, 2011

Mimpi..

Pagi ini setelah bangun dari tidur, aku termanggu sekejap sebelum mandi dan bersolat. Aku memikirkan apa yang membuatkan aku mimpi sebegitu? Hmmm aku belum dapat jawapannya..
Malam tadi aku bermimpi melihat ulat sutera.. Tak tau la betul ke tak rupa ulat sutera seperti tu tapi benda yang aku lihat tu berwarna biru dan berbulu halus dan lebat.. Tak dapat aku gambarkan betapa gelinya aku melihat ulat itu.. hehehe aku kan memang elergik dengan ulat & benda2 berbulu nih..
Lepas tu dalam mimpi yang sama aku bermimpi berjumpa dengan seekor ular.. Ular apa aku pun tak pasti dan yang pastinya aku dah bunuh ular itu dengan menghentakkan kepalanya dengan satu benda yang berat.. Huhuhu aku dah jadi pembunuh..

Apa yang membuatkan aku termanggu sebab dah lama benar aku tak bermimpi ular.. rasanya dah bertahun.. Orang kata kalo bermimpi ular tu ada kaitan dengan jodoh kita.. Wallahualam.. aku pun tak pasti, sebab jodoh pertemuan tu semua datangnya dari Allah.. Aku sebagai hambanya hanya berdoa dan bertawakal kepadaNya tentang itu semua..

Apa-apa pun aku mengharapkan yang terbaik buat diri aku.. Itupun dengan izin Allah.. Insyaallah!

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011


Hari ni baru berkesempatan nak wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua blogger yang melawat blog aku nih.. Minggu2 terakhir ramadhan agak busy dengan undangan berbuka puasa.. Dan bila pulang ke kampung plak tak de wifi.. FB pun access dari mobile phone jer..

Memandangkan Syawal baru saja bermula, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua umat Islam. semoga kehadiran Syawal ini memberi keberkatan buat kita semua dan sambutlah ia dengan penuh kesyukuran dan keimanan. Maaf zahir & batin dari aku @ kaseh manisah..

Template by:

Free Blog Templates