Monday, July 20, 2009

Perubahan

Alhamdulillah, sudah hampir 1 bulan usaha aku untuk menukar pendekatan aku sebagai seorang HR Personnel yang lebih approachable kurasakan ada hasilnya.

Sebelum ini aku sedar yang aku terlalu straight forward bila berhadapan dengan rakan2 dan tegas dalam berkata-kata dengan mereka. Mungkin ini adalah caraku dari kecil hinggalah dewasa. Dan mungkin ini juga yang menjadikan aku sesuai untuk pekerjaanku ini.

Selepas menghadiri 2 kursus yang berlainan mengenai cara pergaulan dan mendedahan tentang "people skill", aku cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik...
Walaupun pada mulanya dan hingga ke hari ini aku merasakan yang aku seolah-oleh berlakon dihadapan rakan sekerjaku dan kadang kala terasa diriku seperti seorang "nyah" bila aku bercakap dengan lembut & tenang... hehehehe pernah aku ceritakan pada pengurusku dan dia ketawa besar bila aku meyebut perkataan "nyah"..

Walau bagaimanapun, akan aku teruskan usaha murniku ini supaya aku dapat menjadi rakan yang baik dan sekaligus dapat membantu rakan-rakan sekerjaku dimasa depan.
Insyaallah..

Saturday, July 18, 2009

Jodoh Di Tangan Tuhan..

Tanggal 8 Ogos 2009 nanti akan menyaksikan abangku akan bergelar suami buat kali kedua. Aku doakan kali ini jodohnya akan panjang bersama pilihan hatinya..

Sudah hampir setahun dia membesarkan anak berseorangan dan memyibukkan diri dengan kerja-kerja harian dan kerja2 part time nya.. Aku tahu apa yang dia lakukan itu adalah untuk melupakan kisah-kisah sedih disebalik pemergian isterinya yang tercinta pada 28 Januari 2009 yang lalu.

Mungkin ramai yang beranggapan terlalu cepat abangku mencari pengganti ibu kepada anak-anaknya tapi bagi aku, itu adalah tindakan yang baik & wajar sekali.

Dia & anak-anak nya sudah kehilangan ummi mereka sejak September 2008 lagi pabila ummi mereka disahkan menhidap kanser payudara peringkat 4 dan dia sudah tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai ummi & isteri kepada abangku & anak2 nya.

Sejak itu abangku lah yang menjadi ibu dan bapa kepada 2 orang anaknya yang masih kecil & tidak mengerti apa2 yang terjadi pada ummi mereka. Dan jika difikirkan balik, sudah hampir setahun mereka hilang sentuhan seorang ibu dan isteri.

Pada abangku, aku doakan perkahwinan kali ini akan memberikan dia kebahagiaan didunia & akhirat. Semoga dengan kehadiran ummi baru, Haziq & Hadiff akan menjadi seorang insan & anak yang soleh dan berjaya. Amin!

Kembali Semula

Hari ini aku kembali semula kesini..
Insyaallah kali ini aku tidak akan membiarkan tempat ini bersawang lagi..
Thanks to Aduka yang tak henti2 menyuruh aku mengupdate blog ni..

Template by:

Free Blog Templates