Thursday, January 22, 2009

Anugerah Juara Lagu ke 23










18 Jan 2009

Aku bersama 2 temanku (triple Z) telah pergi menyaksikan AJL ke 23 di Stadium Putra Bukit Jalil.. Kami sampai lebih kurang pukul 7.45malam dan kami ditempatkan di aras 3..
Namun nasib kami agak baik kami dapat duduk di tempat duduk yang dikhaskan untuk ahli-ahli my TV3... tempat duduk yang agak strategik berhadapan dengan pentas utama.. best giler!!

Matlamat aku hanya untuk melihat persembahan Faizal Tahir secara life coz aku memang admirer dengan vokalnya yang mantap.. begitu juga Aizat & Stacy..

Selain dari persembahan artis2 yang bertanding, Mr. Os & Din Beramboi turut menghiburkan kami sepanjang acara berlangsung.. walaupun secara spontan tapi telatah 2 pelawak ni memang menghiburkan... tak kering gusi dibuatnya... :-)

Bagi aku, aku cukup berpuas hati dengan keputusan malam itu.. Tambah2 Faizal Tahir menang 2 kategori.. Yes!!!
Untuk sekian lama, aku rasa happy bila berpeluang menyaksikan konsert2 seperti ini.. Semenjak aku meninggalkan alam universiti, aku jarang mendapat peluang melakukan aktiviti2 yang paling aku suka ini... mungkin ramai yang tidak tahu bahawa aku begitu menggemari muzik..

Sampai Syurga

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

~Faizal Tahir~

Lagu Kita.. Aizat

Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihatkanmu
Terang malam.... teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus...
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah Lagu Kita

Monday, January 5, 2009

Tahun Baru di Port Dickson












Pada 2 Januari hingga 4 Januari 2009, aku telah pergi ke Port Dickson bersama teman2.
Aku stay di Residence Desa Lagoon Resort - tempatnya cantik dan selesa.
Tujuan utama adalah untuk merelaxkan diri dan menghilangkan stress.. Fuh!! memang best..
Memang menyeronokan bila teman2 sekepala yang pergi.. Masa dihabiskan dengan berjalan-jalan sekitar pekan PD dan bershopping di Telok Kemang..
Aktiviti utama bila di resort adalah berendam dalam swimming pool.. Sampai aku gatal2.. hehehehe rupanya aku elergik pada klorin yang banyak dalam swimming pool tu..
padan muka aku... hahahaha
Malam pertama, kami menjamu selera di sebuah restoran bersebelahan Petronas PD - masakan memang sedap dan harganya pun boleh tahan.
Keesokan hari, aktiviti pertama berendam di kolam mandi hingga ke tengahari. Penat mandi kami memanjakan perut di Cafe Laguna... Makanan nya agak kureng skit!!
Kami berjalan2 sekitar Telok Kemang.. Membeli seluar pendek, selipar & topi.. Tapi yang menariknya, Zaharin dapat beli "seluar Carmen" hahahaha.. hanya kami saja yang tau rupa seluar tu... Kemudian membeli belah makanan laut untuk dibuat BBQ.. nyaris2 kena saman dengan polis.. Mahap Tok!!
Malam kedua, kami buat BBQ ditepi pantai. Bertemankan lampu kereta Zaharin, kami berjaya membuat simple BBQ malam itu.. Terima kasih buat Mariam kerana sudi datang dan memeriahkan keadaan..
Kami bertolak pulang pada tengahari ahad, disebabkan "kes kecemasan" kami telah singgah di Cyberjaya... dan kami sempat pekena nasi mamak di Cyberjaya..
Perjalanan diteruskan ke Alamanda Putrajaya (idea Zaharin)... Selain berwindow shopping, aktiviti yang tidak ketinggalan adalah makan-makan.. hehehe
Selepas penat berjalan dan makan kami bergerak pulang ke rumah masing2..
Tapi percutian kali ini memang menyeronokkan...

Template by:

Free Blog Templates