Tuesday, December 30, 2008

Ketenangan

Syukur kepadaNya, ketenangan yang kian terpinggir dari kehidupanku telah menjelma kembali.. Kebelakangan ini hati dan perasaanku kembali tenang dan tidak gusar sepeti dulu..

Aku berterima kasih kepada teman-teman yang menemani hari-hari gusarku.. Mendengar keluh kesahku.. Memberi pendapat tentang keadaan diriku... Syukur juga kerana aku masih mempunyai teman yang memahami dikala aku memerlukan seseorang untuk menemaniku...

Aku sekarang lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan hidup ini.. Dan aku juga sedar yang hidup ini tidak akan berakhir dengan berakhirnya kisahku dan dirinya...

Apa yang aku harapkan hanyalah ketenangan dan ketabahan ini akan sentiasa bersama denganku.. Apa yang akan terjadi dihadapan tidak dapat aku duga, tapi aku berdoa moga kebahagiaan akan menjadi milikku satu hari nanti..

Amin..

Selamat Tahun Baru Hijrah

Alhamdulillah, kita dah masuk ke tahun hijrah baru..
Apa yang aku harapkan moga tahun baru ini membawa sinar bahagia dalam hidupku dan semoga perjalanan hidup ini diberkati oleh Nya..
Amin!!

Saturday, December 13, 2008

Cuba dan terus mencuba...

"Pertemuan tu sudah ada cuma JODOH jer yang belum ada... so teruskan mencuba"

Itulah ayat yang selaluku dengar dari kawan-kawan ku kebelakangan ini..
Ya, ada betulnya kata-kata itu.. Dan itu lah yang aku sedang lakukan sekarang..
Cuba dan terus mencuba menyesuaikan diri dengan teman-teman baru disekelilingku..
Walaupun kadangkala aku merasakan yang kami tidak mempunyai keserasian tapi kami punya persamaan dari banyak segi..

Hidup ini adalah satu perjudian, dimana kita tidak tahu apa akan terjadi dihadapan..
Maka kita harus bersedia untuk mengambil risiko atau membuat keputusan dalam hidup ini...
Berpegang pada kata-kata itu, aku masih mengharapkan secebis sinar harapan dalam hidupku ini walaupun aku agak gusar dengan penilaian rasionalku tentang keserasianku bersama teman-teman baruku ini...

Thursday, December 11, 2008

Kembali...

Hari ini aku kembali memulakan tugasku seperti biasa selepas pulang berhari raya dikampung dan aku juga kembali dengan semangat dan harapan baru...

Hari Raya Qurban yang baru lalu memberi aku sebuah kesedaran. Walaupun aku tidak melakukan ibadah korban pada tahun ini tapi aku sedar yang aku ada melakukan beberapa pengorbanan dalam hidupku tahun ini...

Apa yang aku harap, pengorbanan aku itu tidak akan disia-siakan..

Wednesday, December 3, 2008

Apa nak jadi??

Alhamdulillah pagi tadi aku bangun dari tidor, aku merasa segar walaupun hampir terjadinya mata "Mbok Miah".
Hehehe.. terima kasih kepada pencipta eye shadow kerana dengan hasil ciptaan nya aku dapat menyembunyikan mata "Mbok Miah"
Hampir 3 pagi baru aku dapat melelapkan mata dek kerana ketidakstabilan emosi..
Bila aku fikirkan balik, apa nak jadi dengan diriku ni??
Masih mengharap keajaiban dalam hidupku walaupun terang-terangan ia tak mungkin berjadi..
Kenapa akalku ini masih berdegil untuk menafikan semua itu?
Kenapa aku tidak dapat menerima kenyataan hidupku ini dan melupakan apa yang telah terjadi..
Kenapa? Mengapa?..
Aku masih buntu untuk mencari jawapannya..

Apa pun terima kasih pada "Ehem-Ehem" kerana menemaniku sepanjang malam tadi..
Memberi nasihat dan kata-kata semangat untuk aku kembali kepada diriku..
Alhamdulillah, setelah puas melepaskan apa yang terbuku dihati..
aku berjaya menenangkan hatiku.. itupun atas bantuan "Ehem-Ehem"..
Aku harap dia OK hari ini kerana hanya sempat tido 2 setengah jam...

Kepada yang mengerti kisahku ini, doakan lah aku tabah menghadapi dugaan ini..
Mungkin dimata kalian ini adalah rencah hidup yang remeh tapi bagi aku.. yang melaluinya,
ia amat berat untuk ditanggung seorang diri..

Monday, December 1, 2008

Mengapa??

Semalaman aku buntu memikirkan tentang nasib diriku..
Kenapa aku diperlakukan sebegitu oleh orang disekelilingku??
Adakah aku terlalu jahat atau kejam hingga mereka melayan aku seperti itu?
Aku juga punya hati dan perasaan..
Aku juga punya keinginan dan permasaalahan seperti orang lain..

Awak..
Simpati yang saya perlukan dari awak untuk mententeramkan diri ini..
Tapi saya dipersalahkan atas kejadian yang menimpa diri..
Adakah saya tidak layak untuk semua itu??
Terlalu sedih diri ini bila diperlakukan sebegitu oleh awak, orang yang saya sayang..

Kamu..
Pertolonganmu tidak kupinta, kenapa herdikan yang aku terima??
Ini bukan kali pertama.. Tapi aku diamkan jua diriku demi kepentingan orang lain..

Jauh disudut hati hanya Dia yang tahu betapa hati ini terluka dan kecewa..
Bilakah hari bahagia untukku akan menjelma??

Template by:

Free Blog Templates