Wednesday, October 29, 2008

Thanks.

Terima kasih awak sebab menceriakan hari-hari saya sekarang ni..
Walaupun kadang-kadang kita berselisih pendapat tapi itu tidak menjarakkan hubungan kita kali ini..
kita masing-masing dah tahu berkompromi dan tahu bagaimana menjernihkan kembali keadaan antara kita..
Terima kasih awak atas perhatian yang awak berikan..
Saya gembira awak telah banyak berubah..
Dan ia merubah hubungan kita juga..

Alhamdulillah..

Syukur Alhamdulillah buat Aduka..
Hajat dan doa kau sudah dimakbulkan Tuhan.
Macam yang selalu aku cakap pada kau Aduka, setiap niat baik ko dan diiringi dengan doa dan kesabaran akan membuahkan hasil yang lumayan..
Hari ni aku dapat gambarkan kesyukuran dan kegembiraan kau menerima berita baik itu..
Semoga segala perancangan kau akan berjalan dengan lancar..
Insyaallah..

Friday, October 24, 2008

Semalam yang hangat..

Semalam, kami bertemu lagi..
Bertemu buat ke sekian kalinya, dan ia adalah antara pertemuan terakhir kami..
Walaupun terpaksa menunggu hampir 2 jam dek kerana rutin kerjanya yang belum habis
tapi aku tidak merasa gusar kerana keinginan untuk bertemu lebih bermakna buat aku..
Menghabiskan masa di KFC sambil berborak.. Ianya mungkin biasa buat kalian semua
tapi bagi aku ia cukup bermakna..
Berborak dan bergurau senda menjadi hiasan dalam setiap pertemuan kami kebelakangan ini..
Indah sungguh perasaan aku kini..
B, terima kasih kerana memahami perasaan ini..
Terima kasih juga kerana menghadiahkan diri ini memori indah diakhir pertemuan kita
Tak sabar untuk bertemu lagi hari ini...

Wednesday, October 22, 2008

Konvoi Sahur














Pada 13 September 2008, aku menyertai Konvoi Sahur ke Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Iman di Manjoi Perak.

Program ini dianjurkan oleh SIM group(sahabat interaktif malaysia) dan Yayasan Nurhikmah. Makanan sahur pula ditaja Nippon Express dan Mangkuktingkat.com.

Inilah kali pertama aku menyertai program yang dianjurkan oleh SIM walaupun telah agak lama menjadi ahli SIM.

Peserta berkumpul di R&R Sg.Buluh dan disitulah baru kami saling berkenalan antara satu sama lain. Kami bertolak dalam 6 kenderaan ke Manjoi pada pukul 1 pagi dan sampai disana pada pukul 3.45pagi. Walaupun hujan renyai-renyai dan tersesat jalan, kami sampai di Rumah Nurul Iman dengan selamatnya.

Kami disambut oleh Pengetua Nurul Iman dan pekerja-pekerjanya yang lain. Kami bersama-sama membuat persiapan untuk bersahur dan mengejutkan anak-anak untuk bangun bersahur.

Geli hati melihat telatah anak-anak ini yang masih kecil dan terpisat-pisat bangun untuk bersahur. Dan kelakarnya masih ada yang terlena di meja makan..

Kami bersahur dalam keadaan yang sederhana dengan makanan yang disediakan oleh mangkuktingkat.com. Sedap makanan tu, terima kasih Uncle..

Selepas selesai memberi sumbangan dan cenderamata kepada semua anak-anak disitu, kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai mengerjakan solat subuh dimasjid yang berdekatan.

Alhamdulillah, hasrat untuk membuat kebajikan telah tercapai di bulan Ramadhan kali ini. Kunjungan kami ini juga telah memberikan keinsafan kepada kami semua dan Insyaallah kami akan terus menyertai program-program sebegini dimasa hadapan..

Monday, October 20, 2008

Terima Kasih..

Terima kasih kerana sudi menemani aku..
Terima kasih kerana sudi melayan kerenahku..
Terima kasih juga kerana membuatku gembira dan tertawa..
Terima kasih kerana mengajarku tentang erti derita, kecewa dan bahagia..


Terima kasih kerana meluangkan masa-masa terakhirmu disini bersamaku..

Open House

Hari minggu baru ni memang meriah dengan jemputan open house..
Dari Seri Kembangan, Semenyih, Ampang hingga ke Damansara..
Tapi maaflah pada semua kengkawan sebab tak sempat nak ke semua tempat..
Pada Amir & Kamariah, maaf erk..
Dan pada Ayu Diana & Kak Sufiah, terima kasih..

Yang penting bukan makanan,
tapi ziarah menziarahi dan saling bermaafan yang patut dijadikan amalan..

Life is short...

They say it takes a minute
to find a special person
an hour to appreciate them
a day to love them
but then an entire life
to forget them....

Friday, October 17, 2008

Weekend Joke

A middle aged woman had a heart attack and was taken to the hospital. While on the operating table she had a near death experience.

Seeing God She asked 'Is my time up?' God said, 'No, you have another 43 years, 2 months and 8 days to live'


Upon recovery,the woman decided to stay in the hospital and have a Facelift, liposuction, and a tummy tuck. She even had someone come in and change her hair color.
Since she had so much more time to live, she figured she might as well make the most of it.

After her last operation, she was released from the hospital. While crossing the street on her way home,she was killed by an ambulance.

Arriving in front of God, she demanded, 'I thought you said I had another 40 years? Why didn't you pull me from out of the path of the ambulance?'

God replied: 'I didn't recognize you!!'


Morale of the story :
Bersyukurlah dengan apa yang Tuhan dah anugerahkan pada kita.

Menghitung hari..

Aku menghitung hari..
Perlukah aku mengharapkan ianya tidak berlalu???
Fikiranku berkeceramuk... memikirkan apa yang akan menantiku dihadapan..
Adakah hidup aku akan berubah? Atau aku akan terus begini??


Awak,
Orang lain mungkin tidak memahami apa yang terluah disini..
Tapi awak pasti dapat menyelami maksud coretan ini..

Wednesday, October 15, 2008

Terima kasih daun keladi..

Bos,
Terima kasih daun keladi.. Tahun depan belanje lagi yer..

Hari ni aku lunch di Alexis Restaurant di The Garden dengan Faz & bos aku..
Pehhh... sedap & berbaloi makanan kat situ..

Walaupun nama macam restoran omputeh, tapi ada malay food jugak..

1) Nasi kerabu + ayam pandan + sambal belacan + kerabu mangga + keropok
2) Nasi putih + ikan sambal + terung goreng + kerabu pucuk paku + keropok
3) French fries + mashed potato + fruit juice

3 orang makan = RM 140++
Hmmm... ok la kan?


Syukur sebab aku dapat bos yang cute, understanding and really nice person to work with..
Thanks boss!!!

Syarat utama..

Semalam aku berjumpa dengan dia..
Aktiviti biasa adalah makan dan makan dan makan..
Camne la badan aku tak naik... yang heran tu badan dia tak naik plak..
Musykil aku...
Dalam dok berborak-borak kosong, tetiba termentioned plak pasal kawin..
Dia tetap memberi syarat untuk aku kuruskan badan sebelum kawin
Kenape? Orang chubby macam aku ni tak boleh kawin ker?
Tak faham aku dengan kerenah lelaki2 sekarang ni..
Dapat yang kurus, nak suruh gemukkan badan
Dapat yang gemuk, nak suruh kecilkan badan
Kenape? Kebahagiaan terletak pada itu semuakah??
Kenapa lelaki-lelaki ini tak dapat menerima pasangan mereka seadanya?
Padahal macam lah mereka semua tu perfect sangat...

Hmmm... apa-apa pun memang misi aku lepas ini untuk mendapatkan berat badan ideal..
Aku buat semua ini bukan kerana dia tapi untuk diriku sendiri..

So far hubungan aku dengan dia makin OK.. Alhamdulillah!!

AKU + DIA = teman tapi mesra

Tuesday, October 14, 2008

Selamat Hari Lahir Abah!!

Abah,
Selamat Hari Lahir..

Didoakan abah panjang umur dan dapat bersama-sama membajai kebahagiaan kita sekeluarga.
Aku berbangga mempunyai abah sepertimu..
Jika tidak kerana ketegasanmu, aku mungkin tidak menjadi seperti aku hari ini..

Terima kasih abah kerana menjadi abah yang terbaik untuk anakmu ini..

Sayang abah.... Muuuuaaaaahhhh!!!!

Monday, October 13, 2008

Maafkan dia.. Sis!!

Hari ini adalah hari lahir Dia..
Dia yang pernah mengisi kekosongan hidupmu Sis,
Dia yang pernah membuat kau ketawa dan gembira..
Dia yang pernah menabur janji dan harapan setinggi langit..
Dia yang pernah merobek hati dan perasaanmu..
Dia yang telah memusnahkan pelamin anganmu..


Sis,
Maafkan lah Dia..
Anggaplah dia hanya satu pengajaran dan pengalaman berharga buatmu
Dia hanya insan biasa yang hanya tahu berangan-angan..
Dia terlalu leka dengan percaturan hidupnya hingga tergadai hubungan kalian..


Sis,
Kita doakan dia bahagia disana...


Buat Bro,
Selamat Ulang Tahun..





Jiwang ker?

Hmm.. hari ni aku dapat feeback dari kawanku yang boleh dikatakan mentor aku dalam penulisan blog ni..
Dia mengklasifikasikan blog aku sebagai jiwang?
Hehehe... jiwang ker?
Agaknyer sebab minggu lepas adalah minggu emosional @ jiwang bagi aku..
Hahahaha!!!

Sabar jelah....
Nasib baik semalam aku dah releasekan tension aku kat Redbox Sogo...

So hopefully minggu ni dan minggu-minggu seterusnya tak la sejiwang sebelum ni yer..

Cinta Itu Anugerah...

Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan ". (Al Hujwiri -Kasyf Al-Mahjub )

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali diberi tidak akan di lupakan , jangan biarkan ia hilang.
Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan... namun ia hadir kerana ketentuannya....
Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan...namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan
Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan perit sekali.

Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan. Cinta juga adalah pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang. Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima huluran cinta dari seseorang itu.
Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya. Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.
Cinta itu satu siksaan jika tiada kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuat kepastian... gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan. Apa jua keputusan yang bakal diterima, tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik kita.
Cinta tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal. Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah adalah segala -galanya.
Untuk bercinta kita mesti berani. Jangan takut pada kegagalan tapi takutlah pada kemungkaran. Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.
Ingat disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati

Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti.
Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai.
Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.
Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya.
Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib, apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan. Semakin jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.
Cinta yang dimulai dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan. Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan. Cinta itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung GEMENTAR.

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya.
Jangan pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada.

Jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya.
Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya berbohong.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

Cinta...

Dalam cinta harus saling percaya,
Dalam cinta harus berani pasrah,
Dalam cinta harus janganlah goyah,
Dalam cinta harus setia....

Harapan

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,
Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...


#Fazly Zainal#

Hanya harapan yang dapatku titipkan buatmu

Friday, October 10, 2008

Awak..

Apa kesudahan kisah kita ini??
Semakin hari semakin buntu saya memikirkannya..
Patutkah kita meletakkan nokhtah pada kisah kita ini??
Atau patutkah kita melayarinya sekali lagi??

Dahulu mungkin kita terlalu naif tentang diri masing-masing...
Tentang ego dan tentang keperluan berkompromi antara satu sama lain
Semua itu menyumbang kearah berakhirnya hubungan kita..
Berakhir dengan kekecewaan dan kepedihan yang agak sukar diubati...

Kini hubungan kita semakin pulih dan akrab..
Semakin hari semakin kita memahami antara satu sama lain..
Hubungan ini semakin indah tanpa ada apa-apa paksaan..

Awak,
Adakah wajar kita terus melayari hubungan ini?

Teman

Terima kasih teman kerana sudi
mendengar dan menasihati aku..

Aku perlukan pandangan dari kalian
untuk membuat keputusan tentang kisahku ini..

Terima kasih kerana memahami dan
mengerti gelodak dan lara hatiku..

Persimpangan Dilema...

Aku di persimpangan dilema..
Ikutkan hati memang sukar untuk aku menamatkan kisah ini
Dek ikatan perasaan yang kuat dan sukar dimengertikan
Tapi pemikiran rasionalku hampir membuatkan aku sasau..
Menolak dan menidakkan kehadiran perasaan halus itu
Memujuk aku untuk tidak terjerumus sekali lagi tapi...
Hati dan perasaanku makin terikat kuat dengan dirinya...

Haruskah aku teruskan semua ini???

Thursday, October 9, 2008

Relakan....

Tertutup Sudah Pintu,
Pintu Hatiku
Yang Pernah Dibuka Waktu
Hanya Untukmu
Kini Kau Pergi Dari Hidupku
Kuharus Relakanmu Walau Aku Tak Mau....

Dingin

Dingin malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian
Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu
Terpendam di dalam khayalan
Kan ku leraikan impian indah
KepadaNya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama
Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermakna
Ku tak bisa juarai jiwa yang ku tak punya
Dinginnya bila kau berkata
Ruang buatku tiada
Memoriku gengamilah
Biarkan aku beralah
Dalam hatiku tiada dendam
Walau impian semalam
Masih mekar dalam ingatan
Kan ku leraikan impian indah
KepadaNya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama.....

Kaseh Manisah

Luahan tentang cinta, kasih dan lara hati seorang dara..

Syukur..

Alhamdulillah.. atas bantuan Aduka, akhirnya tercapai juga hasrat untuk memiliki sebuah blog sendiri..

Thanks Aduka!!

Template by:

Free Blog Templates