As salam dan selamat pagi. Hari ini sudah hari ke enam kita berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memanjangkan usia aku untuk bertemu lagi dengan Ramadhan, bulan penuh rahmat ini.
Kali ni aku nak bercerita tentang kisah aku dan dia dan orang-orang disekeliling aku. Perhubungan aku dan dia hanya diketahui oleh rakan-rakan rapat aku di opis. Walaubagaimanapun, kisah aku dan dia sudah sampai ke pengetahuan PM dan kawan-kawannya.
Hal ini disampaikan kepada aku melalui kawan baik aku kerana diorang cuba mengorek kisah aku ini dari kawan baik aku juga. Aku hairan jika mereka-mereka itu tidak suka atau benci pada aku, kenapa perlu mengambil tahu kisah-kisah peribadi aku?? Mereka telah buang aku jauh-jauh dari kehidupan mereka dan aku bukan lagi kawan mereka, mengapa perlu bersusah payah mencari cerita-cerita terbaru aku??
Baru-baru ini aku di approach oleh salah seorang kawan PM dan dia melahirkan rasa syukur dan gembira dengan status baru aku sebagai tunangan orang. Aku tak tahu samada rasa itu betul2 ikhlas atau hanya kata-kata manis untuk mengorek ceritaku. Dia cuba bertanya bagaimana aku mengenali si dia jadi aku terpaksa bercerita serba sedikit tentang perkenalan kami. Aku risau jika aku hanya berdiam diri, takut dikatakan sombong dan berlagak pulak. Jadi nak tak nak aku cerita juga serba sedikit berkenaan hubungan kami. Dan aku tahu yang cerita ini akan sampai kepada mereka2 itu.
Dalam pada masa yang sama, mereka telah berjaya mengorek kisah aku dari salah seorang manager yang agak rapat denganku. Tapi ada sedikit fakta yang salah dalam kisah yang diceritakan itu.. Aku hanya boleh ketawa dengan melihat perangai mereka2 ini. Semakin banyak persoalan bila mereka begitu beria-ia mahu mengetahui kisah peribadi aku.. maybe kisah aku ini boleh mereka jadikan topik hangat dalam kehidupan harian mereka kot.. entahlah..
Sehingga ke hari ini boleh dikatakan setiap hari pasti ada yang cuba mengorek kisah aku terutama sekali dari rakan seopis aku yang junior. Aku teringin nak bagitau mereka2 ini.. MIND YOUR OWN BUSINESS!! atau TOLONG JAGA TEPI KAIN SENDIRI!!
Apa-apa pun apa yang aku buat hanyalah berdiam diri dan hanya mendengar dan memerhati perangai mereka-mereka ini dari jauh. Aku harap aku masih boleh bersabar dan semoga mereka dapat apa yang mereka mahu dengan menjaja kisah hidup aku kepada orang lain. Hanya Allah yang mengetahui niat mereka.