As salam dan selamat pagi.
Alhamdulillah selepas hampir setahun tak menjenguk blog aku ni.. hari ni aku berkesempatan nak hapdet xtvt terbaru dlm hidup aku.
Sabtu lepas, 21 Jun 2014 genab usia aku 35 tahun. Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan utk aku terus hidup utk berbakti kepada kedua mak & abah dan juga mencari keredhaan yang Maha Kuasa.
Entri aku sebelum ni ade mentioned pasal Atkin Diet kan.. aku berjaya menurunkan 10kg dalam masa 3 bulan menjadi atkiner. Aku berjaya mengekalkan lifestyle atkiner sampai bulan Oktober 2013. Lepas tu dah ke laut.. huhuhu. Aku baru je start balik induction phase utk Atkin Diet ni 10 hari yang lepas.. Aku harap aku dpt turunkan berat badan ni at least 15kg by Disember 2014 nanti. InsyaAllah..
Dalam entri terakhir sebelum ni pun aku ada highlight yang aku kembali solo. Now I am engaged to someone.. someone yang buatkan aku tenang, happy dan yang paling penting that special someone boleh teriama aku seadanya.. aku bertunang pada 31 May 2014. InsyaAllah hari bahagia kami akan berlangsung pada bulan Disember nanti. Aku akan cite pasal my fiancée & my love life pada entri seterusnya.
Aesya, my niece pun dah besar dan skrg dah pun berumur setahun 5 bulan .. she is still my little angle dan dia la tempat aku berkongsi kasih sayang.. tempat aku menumpah kasih.. tempat aku release stress..
Masalah tempat keje ari tu pun dah reda.. gossip dan fitnah yg ditaburkan tu pun dah senyap.. cuma yang masih ada adalah tanggapan negative mereka2 terhadap aku. PM & kuncu2 masih tidak bertegur sape dgn aku walau beberapa kali aku cuba utk menyapa mereka dan cuba bersikap professional. Aku tak mahu tergolong dlm golongan orang2 yang tidak akan dimakbulkan doanya kerana memutuskan ikatan silaturahim sesama muslim. Aku dah cuba tapi apa yang aku boleh buat kalau dah mereka masih berdegil.. redha je la..
Rasanya sampai sini dulu entri aku kali ni. InsyaAllah ada kesempatan aku akan kerap2 hapdet blog aku ni. Till then... daaaaaa!!