Monday, July 29, 2013

Apa dah jadi

Hari ni aku nak apdet pasal dugaan dengan staf aku yang aku cite last week. Hari Jumaat lepas adalah hari terakhir stafa ku tu. Dia tender 24 hours notice. Sebenarnya dia tender hari Isnin lepas lagi tapi kitorang yang "jahat" ni tak accept.. sebab nak bagi dia bonus.. bonus masuk hari Jumaat tu. So kitorang yang dengki & jahat ni berjaya pujuk dia suruh stay sampai Jumaat, at least lepas tolak notice in lieu, masih ada separuh baki duit bonus dia. Boleh la dia survive sebulan dua dengan tak de keje tu kan.
 
So hari Jumaat tu bermacam2 cerita la keluar.. dan sampai jugak ke pendengaran kitorang. Kitorang hanya boleh beristighafar dan bersabar dengan fitnah yang melanda ni. Ada beberapa staf yang rasional bertanya pada aku selepas dengar fitnah ni dari PM dan kuncunya. So aku explain la apa yang jadi sebenarnya. Terpulanglah nak percaya yang mana..
 
Aku conduct exit interview dengan staf aku tu. Aku ni dengan lembut tanya dan explain apa yang mungkin dia tak nampak & punca semua ni terjadi sebab tak nak dia terasa, tapi dia menjawab dengan angkuhnya "saya dah tak nak tahu pasal semua ni!".. "kenapa bos tak nak datang bincang ngan saya dulu sebelum ambik apa2 tindakan?" Aku terfikir, ko boss ke yang boss aku tu nak datang bincang ngan ko? Ko yang wat salah, ko try nak salahkan orang lain pulak? Hadooooiiiii la.. tapi aku masih bersabar.. tapi aku terus hilang mood nak explain further bila dia dah cakap macam tu. She refused to see the actual facts & see the root of the problem. Aku dah tak kenal lagi dengan orang yang duduk kat depan aku hari tu. Dia bukan orang yang pernah aku kenal selama ni. Nada dan cara dia bercakap seperti sangat angkuh, dah macam jijik nak tengok muka aku ni.
 
Aku dah jadi malas nak panjangkan exit interview tu, selepas aku baca apa yang dia tulis dalam exit interview form. Nampak sangat ayat tu dari PM bukan dari dia. Aku nak je cakap tahniah pada PM sebab racun yang dia bagi kat staf aku tu berjaya dan berjaya menukar budak mentah tu jadi seperti PM.. manusia yang tak de perasaan dan tak pedulikan orang lain..
 
Since exit interview tu aku asyik terfikir, kenapa staf aku jadi macam tu. Macamana nak kembalikan suasana harmoni seperti dulu? Tapi aku tak de jawapan nya. Keharmonian di opis pun dah takde dek fitnah yang PM & kuncu2nya sebarkan.. Aku berdoa tiap kali solat, semoga mereka2 ini sedar akan kesilapan mereka dan aku juga minta pada Allah, kalau aku dipihak yang salah, tolong tunjukkan aku jalan keluar dari semua permasaalahan ini. Dan jika aku dipihak yang benar, tunjukkanlah kebenaran pada mereka.
 
Aku harap semua ni akan berakhir dengan baik tidak lama lagi.. Insyaallah!

Thursday, July 25, 2013

Dugaan demi dugaan..

Hari ni 25 Julai 2013, hari ke 16 kita berpuasa. Dah lama jugak aku tak hapdet blog ni kan? Busy sangat sekarang ni.
 
Ok, first of all nak update pasal diet aku.. Alhamdulillah, aku masih bertahan menjadi Atkiner. Sebulan setengah berdiet, aku dah lost 6.5kg. Mungkin bagi sesetengah orang 6.5kg tu sikit tapi bagi aku itu satu kejayaan sebab sebelum ni nak turun 1kg pun susah. Insyaallah aku akan teruskan usaha ni.. yang paling aku happy bila seluar & baju2 lama dah boleh pakai dengan selesanya :-)
 
2nd thing yg aku nak update ialah aku kembali solo... hahaha bila pulak aku berduetkan? In April, ada la seorang hamba Allah yg dah lama aku kenal ni meluahkan perasaan kat aku.. So aku terima dia untuk jadi sebahagian dari hidup aku.. tapi banyak betul salah faham terjadi lepas aku terima dia.. salah paham ni just happened between us.. aku rasa macam aku dah tak kenal dia lagi... huhuhu totally different dari apa yg aku kenal dia dulu.. Mungkin dia bukan yang terbaik utk aku, so akhirnya dia telah menamatkan relationship yg baru kami semai itu dgn tragiknya.. (tragik la sgt kan... hehehe). As a human being yg ada perasaan, of coz aku sedih tapi Alhamdulillah, aku dpt terima semua ni dengan tenang & redha. Tuhan dah reservekan someone better utk aku.. Inyaallah!
 
3rd thing adalah khabar angin yang melanda opis aku.. rumours negative tentang department aku. Benda ni sangat memerlukan kesabaran aku.. Kejadian ni berlaku bila salah sorang staf aku mintak transfer pegi ke department lain. Kami terkejut bila dapat tahu pasal permohonan transfer tu dari department head (aku akan refer dia sebagai PM) yang dia mintak transfer tu. Walaupun terkejut, bos aku setuju untuk dia transfer in August 2013. Disebabkan PM tak ikut prosedur yang betul, so bos aku pun mintak dia ikut prosedur transfer dengan betul. Ini telah menimbulkan kemarahan PM. Dah la sebelum ni pun memang PM tak puas hati dengan bos aku sebab bos aku tolak cinta dia.. hahaha since then, dia asyik cari salah bos aku cum salah department kitorg.
 
Dipendekkan cerita, staf aku yg mintak transfer tu dia yang in-charge for recruitment so dia jugak yg in-charge sebarang application (internal or external) untuk apply position yang kosong tu. Staf aku ada bagitau aku yang ada 2 internal applications untuk post tu sebelum ni. Bila kami nak further processing the recruitment for that post, bos aku suruh aku tanya samada kami (dept aku) ada terima tak internal application tu atau diorg hantar direct pada PM. Staf aku jawab tak de.. dia hanya terima 5 applications dari external.
 
Disebabkan jawapan dia kontra dari penjelasan dari PM, bos aku pun mintak staf aku tadi bagi penjelasan bertulis sebab jawapan dia meragukan. Dia pun dengan perasaan marah, refer benda ni pada PM. Jadi bertambahlah kemarahan dan dendam PM pada kitorg. Staf aku beri penjelasan tapi tak menjawab persoalan yang dikemukakan. Dia salahkan bos aku yang kononnya lepas tangan dlm hal ni. Selepas tu dia amik EL, MC & NPL sebab menyampah tengok muke kitorg. So PM pun apa lagi, terus istihar perang dengan kitorg dengan menyebarkan khabar angin ni, atau lebih tepat menyebarkan fitnah pasal kitorg sabotaj staf sendiri sebab staf tu mintak transfer. Tapi PM ni hanya berani kat belakang kitorg jer & kat FB. Tindakan kitorg hanyalah lihat, dengar & diam. Malas nak hangin2 sebab tak nak dilabelkan tak berakal mcm PM. Lagipun Top Management pun aware pasal hal ni & diorg pun mintak kitorg wat bodoh jer dengan apa yang PM buat.
 
Kebetulan masa kejadiaan ni tengah panas, ada satu lagi kes staf yang lebih kurang jugak. So bos aku agak emosi dan hangin bila tau staf tu menipu dalam wat keje dia. Bila bos aku tengah bising2 tu, rasanya staf aku terasa yang bos aku marah kat dia. Padahal bos aku tu marah kan staf yang lagi satu tu. So timbul la lagi satu ketidakpuasan hati pada staf aku & PM. Staf aku tu pulak dah termakan racum yang PM bagi so semua benda nak dikongsikan dengan PM. Sampai staf aku amik keputusan untuk berhenti 24jam. Ni semua angkara PM la, puas hati dia agaknya.
 
Disebabkan kitorg masih ada perasaan dan tak pernah berniat buruk kat staf aku ni, kitorg tak accept resignation dia tu. Kitorg siap mintak dia redo surat resignation dia & stay sampai dapat bonus. Kalo kitorg ni jahat or busuk hati, kitorg dah accept resignation letter dia hari tu. At least bila dpt bonus, boleh la dia bayar 1 month notice in lieu tu. Tak la membebankan dia sangat.
 
Sekarang ni fitnah pasal department aku masih hangat diperkatakan oleh staf2 lain. Ni semua keluar dari mulut PM. Dalam bulan puasa yang penuh keberkatan ni, dia sanggup sebarkan cite2 macam ni. Aku doakan moga Tuhan sedarkan dia dengan apa yang dia dah buat.
 
Penat dah menulis dan meluahkan perasaan kat sini. Sesape yang nak tahu lebih lanjut boleh contact aku directly.. aku akan cite dgn lebih lanjut. Tolong jangan dengar & percaya pada fitnah yang tak berasas tu yer.. Hahaha mcm la org yang baca blog aku ni kenal aku kat luar...
 
Apa2 pun aku doa semoga semua ni cepat la berlalu dan semoga Tuhan bagi kesedaran pada PM tentang perilaku dia tu. Hanya Tuhan jer yang tahu mcm mana perasaan kami yang teraniaya ni.. Huhu

Template by:

Free Blog Templates