Saturday, March 16, 2013

mimpi dia..

Hari ini Sabtu, pukul 1.53pagi.. baru berkesempatan nak melawat blog yang dah bersarang ni. Aku baru balik dari supper dan sebelum tu seperti biasa setiap hari jumaat aku bersama kawan2 seopis akan bermain badminton diPJ. Letih giler ari ni sebab main 1 jam setengah non stop.. hehehe puas ati dpt berpeluh sampai basah baju n seluar.

Pagi tadi aku terlewat bangun, aku terjaga pada pukul 7.05pagi.. nasib baik tgh bercuti @ bendera merah so tak de la kelam kabut nak sembahyang subuh.. hehe dan aku bernasib baik sebab ari jumaat boleh pakai jeans n t-shirt. So sambar jeans, singlet n carsigan jer utk ke opis.

Apa yang aku nak ceritakan adalah aku bermimpi mlm smlm yg aku terserempak dengan dia.. aku bersama dgn parentku dan kami berhenti disebuah perkampungan dan berhenti utk makan disebuah kedai mkn. Aku ternampak dia bersama seorang budak lelaki, dia memberitahu itu adalah anak sedaranya. Dia mengatakan yg dia ada sesuatu nak dicakapkan padaku dan mengajak aku melihat kedai makan yg baru dia bina. Blum sempat aku bertanya selanjutnya, abah sudah memanggil aku dan memberi amaran agar tidah berkawan atau berhubung dgn dia lagi. Aku serba salah kerana aku ingin sekali mendengar apa yg dia ingin beritahuku...

Tapi apakan dayaku, blum habis aku bermimpi aku pula sudah terjaga dari tidor. Aku asyik memikirkan tentang mimpi aku itu. Adakah dia juga teringat padaku atau hanya aku yang masih tidak dpt melupakannya.. aku pun tak pasti.. Tapi yg nyata, dlm mimpiku itu dia begitu serius dan nampak sedih..

Apa2 pun aku berharap dia tidak mendapat apa2 musibah dan bahagia bersama keluara tercinta..Insyaallah!

Template by:

Free Blog Templates