Monday, February 18, 2013

My little angel.. Aesya Humairah



Aesya Humairah lahir pada 15 Januari 2013. Alhamdulillah baby Aesya sihat dgn berat 3.67kg. Walaupun selepas lahir baby terpaksa dipantau dgn teliti tapi selepas 7 hari berada di HKL, baby dah boleh balik rumah.

Baby Aesya adalah my little angel yang Tuhan bagi pada aku utk aku curahkan kasih sayang dan perhatian aku. Bila menatap wajahnya, terasa segala masalah dan stres hilang. Itu lah hikmahnya ada baby didepan mata kan?

Aku harap baby Aesya akan sayang aku sepertimana aku menyayangi dia.. walaupun baru berusia sebulan, baby Aesya dah kaya dgn baju dan aksesori baby.. hehe aku tak boleh tgk baju dan aksesori baby girl. Ada saja yang aku akan beli utk dia. Sekarang tengah survey legging tebal utk dia pulak dan semalam dah jumpa kat mana nak dibeli selepas beberapa kali survey di beberapa shopping compleks.

Aku harap baby Aesya akan membesar dgn sihat dan menjadi anak yang solehah. Amin!!

Insyaallah aku akan update pasal perkembangan baby Aesya lagi nanti.. so tungggguuuuu!!!

Alhamdulillah..

Entry kali ni aku just nak update pasal masalah mata kanan aku yg aku ceritakan pada entry yang lepas. Kali ke tiga aku berjumpa dengan doktor, dia memberitahu yang mata kanan aku bertindakbalas dgn baik dgn ubat yang diberikan pada aku. Radang pada mata nampak semakin berkurang dan preasure dlm mata pun dah turun ke 20.

Tapi doktor menjumpai luka didalam mata kanan aku dan luka itu akan meninggalkan parut dalam mata dan parut itu akan menyebabkan aku akan ada blind spot. Terkejut aku mendengar penjelasan doktor..

Aku berjumpa semula dgn doktor pd minggu seterusnya dan mata aku semakin pulih cuma doktor tidak tahu apa punca yg menyebabkan aku mendapat radang itu. Katanya jika aku ada direct contact dgn kucing, mungkin kucing adalah penyebabnya. Aku ni jgn kata nak bela kucing, nak dekat dgn kucing pun takut. So doktor nak wat blood test utk pastikan apa punca radang tu.

Minggu seterusnya aku berjumpa lagi dgn doktor Azhar, result blood test dah ada dgn dia so dia confirm yg aku dpt radang tu dari najis kucing.. aku buntu.. mana plak la dtgnya najis kucing tu.. dan dia juga memberitahu yg dari hasil blood test dia mengesyaki aku mengidap talasemia.. aduh! Lepas satu.. satu lagi yg datang. Dia menasihatkan aku supaya menjalani further test utk pastikan samada aku benar2 mengidap talasemia atau tak.

Apa2 pun aku amat bersyukur yang mata aku dan luka dalam mata aku semakin sembuh. Minggu lepas aku berjumpa dgn doktor lagi, dia berpuas hati dgn perkembangan aku so dia akan tetapkan follow up session terakhir dgn aku pada hujung bulan March nanti.

Ini adakah ujian bagiku pada awam tahun baru.. Alhamdulillah aku dpt mengharunginya walaupun seorang diri dan aku tak menyusahkan orang lain dgn ujian ini. Semoga radang mata itu tak akan berulang. Amin!!

Template by:

Free Blog Templates