Sunday, September 23, 2012

[MTV] Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)



Dengar banyak2 kali pun masih akan menitiskan air mata.. Penyampaian Hafiz & Siti memang terbaek sebab aku bleh feel kesedihan tu.. huhuhu

Updates about my life

Dah agak lama aku tak update blog ni dari lappy kan? Malam ni pun bukan dirancang nak update blog tapi disebabkan tak boleh tido (sebab petang tadi dah tido banyak) dan jugak malam ni agak beremosi bila layan telemovie kat youtube. Aku rajinkan la diri ni untuk check & update blog aku nih.

Ada beberapa kawan yang rapat dengan aku perasan yang lately nih aku sering meletakkan quote berkenaan kehidupan single diFB. Ya aku mengaku, aku dapat semangat dari quote2 yang sering aku upload diFB.. At least aku tak berasa tertekan dan aku akan berfikiran positif jika selalu membaca quote2 seperti itu.

Gosip tentang aku & ZMJ dikalangan budak2 opis memang tidak asing lagi dari dulu sampai sekarang. Apa yang aku buat akan dikaitkan dengan mamat nih. Tapi aku tak kisah, sebab aku & ZMJ hanyalah kawan.. Walaupun kami menafikan gosip tu tapi paparazi & mamarazi tak boleh accept so jalan terbaik adalah biarkan je la apa yang diorang nak fikir dan cakap.. Nanti dah penat pandai la diorang berhenti kan?? Hehehe

Balik dari Krabi baru2 ni aku digosipkan dengan salah seorang peserta trip aku iaitu AZ. Mamat ni pun single @ belum berkahwin tapi tak sure available ke tak hehehe. Aku kenal dia masa sama2 pegi trip nih. Dia agak pendiam tapi selesa berkawan dengan dia sebab dia tak banyak songeh.. Bila aku wat lawak or usik peserta lain dia akan gelak jer.. Pendek citer mamat ni mudah nak berkawan mungkin sebab selama ni dia asik berkawan ngan komputer jer kot (maklumlah senior programmer). Tapi bagi aku, AZ adalah salah sorang kawan yang sporting tak lebih dari tu. Gosip pasal aku & AZ masih hangat diperkatakan oleh peserta2 trip diFB.. Bak kata org, I can't choose my fan kan?? Hehehe malas nak layan sangat gosip2 tak berasas nih..

Semalam aku dapat tawaran kerja disalah sebuah hotel terkenal di KL. HR Manager dia sendiri yang offer aku kerja dengan dia dan jawatan sama seperti jawatan aku sekarang (AM-HR). Aku buntu samada nak accept atau tidak. Gaji yang ditawarkan agak bagus cuma dia nak aku masuk cepat. Itu yang menjadi masalah sebab notice period aku 3 bulan. Entahlah.. aku pun masih belum buat keputusan samada nak terima atau tidak.

Ok lah, aku rasa setakat ni jer kot untuk pagi nih. Dah hampir pukul 3 pagi and esok nak bangun awal nak gi tengok movie dengan ZMJ citer "Hanya Tiga Hari". Kena bawak tisu banyak2 sebab citer tu sedih.. Bulan depan nak ajak dia tengok citer 'Aku Terima Nikahnya' pulak..Tu pun citer sedih.. Sure dua2 menangis nanti.. hehehe Good Night.. ops.. Good Morning!!

Friday, September 14, 2012

Amazing trip with amazing peoples

Seperti yang aku citer di entry yang sebelum ni, aku dah pun kembali ke Malaysia dgn selamatnya selepas bercuti selama 6 hari. Esok aku akan kembali bekerja seperti biasa.

8hb hingga 12hb September yg lepas aku ke Ao Nang Krabi Thailand dengan Yasni, Azhar dan 3 kawan baru iaitu Julia, Olo dan Syahrul. Aku akan citer dengan lebih lanjut dalam next entry yer.

Apa yg aku nak citer kat sini adalah trip kali ni amat berlainan dari trip2 aku sebelum ni. Kali ni aku lebih independant dlm merancang kemana nak tuju. Aku happy walaupun letih disebabkan kengkawan yang satu kepala.. I had a really good time there and I wish I could have more trip or vacations with this sporting peo iles mainly Olo and Syahrul.

Insyaallah aku akan citer pasal trip in the next entry. Setakat ni jer utk malam ni. Selamat malam!


Template by:

Free Blog Templates