Thursday, April 26, 2012

Phuket... Here I come!!

Lusa, Sabtu 28hb April 2012 aku dan kengkawan opis akan berangkat ke Phuket. Dah agak lama aku tak travel kan.. so rasa nebes plak.. hehehe. Aku akan berada di Phuket sampai 30hb April 2012 dan aku harap kami semua selamat pergi dan selamat balik ke Malaysia.

Kami ke sana seramai 87 orang dan aku ditempatkan dalam group 2. Group 1 akan berlepas dari KL ke LCCT pada pukul 4 pagi dan group aku plak akan bergerak dari KL ke LCCT pada pukul 9 pagi. Di sana nanti kami akan mengadakan teambuilding session selama 5 jam dan yang selebihnya adalah aktiviti free & easy.. I LIKE!!! Malam ke dua disana akan diadakan theme dinner dan theme nya adalah blocking colour. 

Tengahari tadi kami ada membuat sembahyang hajat beramai-ramai di opis. Alhamdulillah ramai yang datang bersembahyang dan berdoa bersama-sama. Terima kasih kepada En VP kerana sudi menaja makanan tengahari tadi dan juga kepada semua yang memberi sumbangan ikhlas pada SRC.

Berbalik kepada trip ni, aku hanya ada 1 plan iaitu ke Hard Rock Cafe Phuket.. Cari T-shirt buat survenir.. hahaha and tambahkan collection baju HRC. Yang lain2 tu, aku belasah jer la.. aktiviti yang tak akan ketinggalan adalah shooooppppinggggg... :-D 

Kalau tak sempat nak round2 kat Phuket kali ni, aku ada merancang nak ke Krabi dalam bulan Jun nanti. Insyaallah kalo berkesempatan, boleh la aku repeat Phuket lepas berjimba2 kat Krabi nanti.. Tapi dalam bulan Jun nanti juga aku akan ke Singapore untuk kali ke 2. Kali ni nak pergi Universal Studio @ USS dan jenjalan round Singapore. Hopefully semua berjalan seperti yang aku rancangkan..

Nanti lepas balik Phuket aku akan ceritakan pengalaman semasa berada disana, Insyaallah. Aku doakan semua yang kami rancang berjalan dengan lancar dan kami semua selamat pergi dan selamat kembali. Amin!!

Saturday, April 14, 2012

Usah mencari yang TERLALU sempurna..


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!


Kaseh : peringatan kepada diri sendiri & juga pada kawan2 yang lain..

Wednesday, April 11, 2012

Tuhan berikan aku cinta...

Yakinlah aku menjemputmu..

Nirwana Band - Sudah Cukup Sudah ( Official Video Clip )

Pencinta Terbaik

Template by:

Free Blog Templates