Hari nih, 26 Januari 2012 adalah hari lahir anak saudara aku yang sulong iaitu Zikril Haziq. Dah besar anak saudara aku ni, dah masuk 11 tahun. Tapi apa yang aku nak cite kat sini bukan hari jadi Haziq tapi nak cite pasal aku amik keputusan untuk tukar nama FB aku kepada Yana Lee.
Cuba tengok pic kat atas tu, dah tukat jadi nama Yana Lee.. hehehe sebelum ni masih teragak-agak nak tukar tapi tadi selepas bercerita pasal hero korea dengan bos besar aku iaitu Chief Operating Officer (COO). Rupanya dia kenal & mengikuti jugak citer korea nih walaupun dah tua. Bila aku tunjukkan gambar2 Lee Min Ho & Lee Dong Wook dia pun setuju yang diorang nih memang encem & seksi.. Ahaks! Aku rasa dia akan cari cite Lie to Me lepas nih lepas aku tunjuk pic Kang Ji Hwan tadi kat dia & bagitau cite tu best. Hehehe tak sangka COO aku nih pun minat korean drama..
Lagi satu, esok aku akan berterapi tekak dengan opismate aku kat Redbox Sogo. Aku dah booking & yang kelakarnya aku booking atas nama Yana Lee... hehehe dah start guna nama baru :-)
Aku tak bermaksud nak tukar nama sebenar, nama Yana Lee nih akan jadi nick name aku jer. Aku masih Yana yang dulu & insyaallah akan aku jaga akidah & iman aku sebagai seorang muslim.