Thursday, October 13, 2011

Pencarian Jodoh

Lately ni kerap kali aku diajukan soalan2 berkenaan dengan jodoh. Hmm apa lagi jawapan yang harus aku beri selain belum jumpa yang sesuai or belum ada jodoh lagi. Tambahan pula aku mengedarkan kad jemputan majlis pernikahan kakak aku semalam. Bos besar (COO dan ED) aku terkejut bila aku hulurkan kad jemputan. Diorang ingat aku yang nak kawin, bila aku cakap my sister wedding diorang kata you bila lagi? I nak attend your wedding.. huhuhu

Minggu lepas, kakak opismate aku yang dah bersara buat follow up dengan aku tentang seorang jejaka yang dikenalinya.. cewah.. Kakak ni pernah mentioned kat aku pasal mamat nih dulu sebelum dia bersara. He is ACPD disalah sebuah daerah kat utara sana. He is single but the only thing is he is much more older than me. Bagi aku perbezaan umur kami amat ketara dan aku rasa sure QC aku kat kampung tu pun tak akan setuju. QC kat umah pun tak setuju. Aku macam tak sampai hati nak bagitau kakak tu tentang keputusan aku. Serba salah aku dibuatnya. Tapi setelah mendapat 3rd & 4th opinion dari kawan2 aku so aku beranikan diri bagitau keputusan aku kepada kakak tu. I think he is not suitable for me..

Early July lepas, makcik telefon (mak cik yang datang cuci telefon opis dari out source company) datang. Makcik2 ni akan datang sebulan sekali kat opis aku untuk cuci telefon. Ada opismate aku yang bagitau mak cik2 ni banyak calon2 sebab diaorang pergi banyak company area KL nih. Salah sorang opismate aku pun diorang yang carikan jodoh, dah kawin dah baru ni 2 Oktober 2011. So kengkawan aku bagitau makcik ni yang aku masih solo then dia pun datang & interview aku. Sebelum ni aku jarang berborak ngan makcik2 ni sebab aku tak suka hal peribadi aku diketahui oleh orang luar. Tapi dah kengkawan aku bagitau makcik2 tu aku terpaksa la menjawab soklan2 diorang. Diorang tak percaya aku tak de bf... diorang kata comel2 mcm aku mustahil tak de bf.. hmm nak wat camne makcik.. huhuhu. Lepas interview aku salah sorang makcik tu cakap "ko jadi menantu makcik je la.." Aku terkejut giler masa tu.. huhuhu dah dia berkenan plak nak wat menantu dia... aduhhhh! susah gak nih.. pastu dia tahu plak aku rajin jahit manik kat baju, lagi la dia suka.. dia kata boleh bukak busines sekali sebab dia pandai jahit baju.. mak oiiii... camne nih? Nak tak nak aku terpaksa la bagi no tepon aku kat makcik tu. Dia nak bagi kat anak sulung dia nama Zack.. Dipendekkan cite si mamat ni lebih muda dari aku & aku tak leh nak ngam ngan mamat nih.. Dia ok cuma aku rasa dia pun tak sesuai ngan aku yang dah matured enough nih... hehehe aku tak sampai hati nak bagitau makcik tu pasal ni dan aku benasib baik sebab aku dpt mengelak dari jumpa makcik tu selama 2 bulan sebab aku MC lama ari tu.. tapi bulan September, aku tak sempat nak lari dari makcik2 tu, diorang datang & tanya soklan bertalu2 pasal hubungan aku dengan anak dia... adoiiii! Dalam serba salah aku terpaksa bagitau yang kitorang tak serasi that why aku tak berhubung lagi dengan Zack. Fuh! lega.. cuma aku kesian dan rasa bersalah kat makcik tu.. tak tau camna nak berdepan dengan dia lepas nih.. Maafkan saya yer makcik..

Baru-baru ni sorang lagi opismate bertanya pasal status aku.. nak kenalkan dengan sedara dia pulak. Aku tak kisah nak berkawan dengan sesape pun yang penting ikhlas, tahu batas2 pergaulan dan hormat aku sebagai perempuan. So kita tunggu dan lihat je lah perkembangan kali ni macam mana.. Jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan.. Aku hanya berdoa & bertawakal semoga kebahagiaan untuk aku akan menjelma tak lama lagi.. Amin!

Sunday, October 9, 2011

Barang2 Umah Terbaru..

Minggu yang lepas aku beli 1 lagi barang rumah iaitu Sony Bravia LED TV 42 inci.. hehehe tercapai gak hasrat nak pakai TV flat skrin. Actually tak de dalam plan pun nak beli TV tapi lepas raya hari tu TV lama buat hal.. gambar jadi 1 garisan jer.. kena tunggu berjam2 baru gambar dia kuar 2/3 skrin TV. Hmm nak repair boleh tapi akan telan belanja RM 400 ke atas.

So aku amik keputusan beli jer TV baru.. Dan alang2 nak beli baru baik beli yang terlatest dipasaran.. Dapat la LED TV.. RM2299.00.. Then boleh la guna dengan hadiah lucky draw aku ari tu.. LG Home Entertainment System 300W.. Ari Khamis lepas baru siap pasang semua.. Best betul la.. Tapi kalo nak clear & terang lagi gambar dia kena tukar Astro Beyond.. Huhuhu.. rasanya tak boleh tukar lagi wat masa ni..

Apa2 pun aku berpuas hati & bersyukur sangat dengan rezeki yang Tuhan bagi nih.. :-) Alhamdulillah!

Demam Drama Korea 3


Demam drama korea datang lagi.. hehehe bulan September lepas aku dapat habiskan ke tiga-tiga drama korea nih.. Sanggup tido lambat sebab nak tengok cite2 nih. Kalo tak nangis tak sah kalo tengok cite korea.. hmm ke memang aku ni sensitif? hehehe.. sure la masa nak tido tu mata bengkak & sakit kepala.. Tapi tak pe yang penting hati puas.. Cite My Girl ni kurang skit impact dia kat emosi aku.. Tapi ok la boleh tahan citer dia & agak berlainan skit dari cite2 korea lain.


Ni pulak drama Playful Kiss.. Hero dia mmg comel.. Cite ni mmg tipikal cite korea la.. tapi boleh je aku layan.. hehehe


Yang ni plak tajuk dia Secret Garden. Cite ni bagi aku memang best & lawak. Hyeong Bin nama hero dia.. Aku tak leh lupa karektor Hyeong Bin dalam citer nih.. best betul la lakonan dia..

Semua cite ni aku wat koleksi tapi bukan bentuk DVD la.. tak mampu kalo nak beli sebab 1 set DVD/VCD harga RM99.90. Ada kawan aku downloadkan kat external hard drive aku.. Ada 7 lagi drama bersiri korea yang dia dah downmoad tapi aku belum aku tengok. Masa aku sekarang terisi dengan drama2 korea ni lah.. So siang keje, malam terperuk dalam bilik layan citer korea sorang2.. Ok la tu kan? Tak de la bosan tahap gaban kan? hehehe

Template by:

Free Blog Templates