its all about my life..
14 Oktober 2010 adalah hari lahir abahku yang ke 65 tahun. Aku menalifon abah tadi untuk mengucapkan selamat hari lahir. Suara abah kedengaran amat gembira kerana anak-anaknya mengingati hari lahirnya. Aku bersyukur kerana Allah memanjangkan usia abah setahun lagi dan memberikan kesihatan yang baik kepada abah. Aku berharap dan berdoa semoga abah akan kekal sihat dan dipanjangkan umur.
Apa yang membuatkan aku tersentuh pabila aku memikirkan adakah abah akan dapat melihat anaknya ini mengakhiri zaman bujangnya. Adakah abah sempat melihat anak-anakku nanti? Tak dapatku tahan air mata ini dari mengalir bila aku memikirkan tentang hal ini. Maafkan aku abah jika tidak dapat memberikan abah seorang menantu lelaki yang baik untuk abah dan maafkan aku jika aku tidak dapat menjadi anak yang baik untuk abah. Aku tahu abah menantikan hari-hari bahagia untuk anak-anak perempuannya. Tapi apakan daya kerana itu diluar kuasa kita. Aku berharap dan berdoa agar abah akan bersama-sama denganku dihari bahagiaku nanti. Insyaallah!
Apapun abah, ketahuilah yang anak-anak abah amat bersyukur dikurniakan abah sepertimu. Abah seorang yang tabah & berkerja keras untuk membesarkan kami adik beradik sehingga kami ke menara gading. Alhamdulillah berkat didikanmu kami semua menjadi insan yang berguna kini. Walaupun kami jarang kali mengucapkan yang kami sayang pada abah tapi hakikatnya, abah cukup kami hargai dan sanjungi.
SELAMAT HARI LAHIR ABAH!!
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan bersama keluarga kita.