Abah bersama cucu perempuan pertama, Amani Imanina.
Abah bersama cucu-cucu yang menceriakan hari-harinya.
20 Jun datang lagi dan seperti tahun-tahun sebelum ini, tarikh ini adalah hari dimana kita meraikan bapa-bapa kita dan tidak ketinggalan dengan diriku.
Kepada abahku, Mohamad Bin Bakar, anakmu ini ingin mengucapkan selamat hari bapa.. Ana doakan abah panjang umur dan dilimpahi kebahagiaan selalu bersama keluarga kita.
Abah, mungkin anak-anak abah tidak selalu mengatakan yang mereka menyayangi abah dan mengagumi abah selama ini tapi ketahuilah abah bahawa anak-anakmu amat menyayangimu abah. Kami amat bertuah mempunyai abah sepertimu. Kau begitu tabah membesarkan kami berempat, segala pengorbananmu tidak dapat kami balas.. Walaupun kau tegas dalam mendidik kami tapi kami bersyukur dengan ketegasanmu itulah menjadikan kami berjaya menjadi orang yang berguna kini.
Abah, dengan hasil titik peluhmu kami berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Dengan kudratmu kau membesarkan kami tanpa erti jemu. Apa yang kami perlukan akan kau usahakan. Terima kasih abah atas segala pengorbananmu..
Abah, anakmu ini amat berbangga dengan dirimu abah.. Aku tahu, aku anak yang paling degil berbanding dengan kakak dan abangku. Aku juga anak yang sering menangis dimasa kecilku. Aku tahu aku banyak menduga kesabaranmu abah. Aku tidak akan lupakan disuatu masa dulu kau pernah mengejarku sekeliling rumah dengan rotan dek kerana aku tidak mahu mandi.. :-) bila dikenang-kenang balik peristiwa itu, pasti aku tergelak sendiri. Selain peristiwa itu, kau juga hampir-hampir ingin mencampakkan aku keluar dari tingkap rumah kita. Disebabkan aku tidak mahu berhenti menangis mencari emak, walaupun sudah berkali-kali kau memujukku aku masih menangis. Tapi aku bernasib baik kerana kau tidak meneruskan hajat untuk mencampakkan aku keluar tingkap.. Kalau tidak pastinya aku tidak berada disini sekarang abah.. :-D
Abah, aku tahu kau amat menyayangi kami. Walaupun kau tak pernah mengungkapnya dengan kata-kata tapi dari keperihatinanmu dan tingkah lakumu kami tahu abah. Kami sangat menghargainya dan bersyukur kerana dikurniakan abah sepertimu.
Abah.. Ketahuilah kami anak-anakmu amat menyayangimu!! WE LUV U ABAH!!!
Buat abang-abangku, Zulkifli & Zurimi.. Selamat Hari Bapa! Semoga korang menjadi bapa yang soleh dan mithali buat semua anak-anak saudaraku..
SELAMAT HARI BAPA BUAT ABAH, ABANG & ABANG MIE.. TIDAK KETINGGALAN BUAT SEMUA BAPA DILUAR SANA..