Company Trip ke Pangkor Island Beach Resort pada 8 hingga 10 Mei 2009.
Aku telah bertolak ke PIBR pada 7 Mei 2009 kerana aku merupakan salah seorang exco untuk projek ini. Bersama seorang kawan, kami bertolak ke Lumut tempat yang tak pernah aku jejakkan kaki sebelum ini. Tugas aku untuk memastikan segala persiapan siap sedia seperti yang dirancangkan sebelum rombongan dari KL sampai.
Alhamdulillah, segala persiapan & perjalanan aktiviti berjalan dengan lancar.
Cuma aku sedikit terkilan dengan beberapa rakan yang sepatutnya menjalankan tugas seperti yang diamanahkan tetapi hanya menjadi tetamu diResort itu seperti rakan2 yang lain.
Walau apa pun, trip ini berjaya menggembirakan kebanyakkan rakan2 yang turut serta termasuklah diriku sendiri. Insyaallah, jika diizinkan Nya, ingin sekali aku menjejakkan diri sekali lagi ke PIBR.
Permandangan yang cukup cantik, pantai yang bersih dan udara yang nyaman. Amat sesuai untuk berehat atau honeymoon.