Thursday, November 27, 2008

Selamat Pengantin baru..

Selamat Pengantin Baru buat 2 orang sahabatku..
Nurul Fazly dan Zulaika &
Noor Fazillah dan Mohd Ridzuan

Hari ini ijab & qabul telah mengikat kalian dengan ikatan penikahan..
Aku doakan kalian akan berbahagia melayari bahtera rumahtangga yang penuh dengan dugaan & rintangan.
Tempuhilah alam baru ini dengan kewarasan dan keimanan kerana keharmonian rumahtangga itu terletak pada tangan kalian berdua..
Selain bertukar status dari bujang kepada berkahwin, kalian juga akan menggalas tanggungjawab yang besar sebagai suami & isteri..
Aku harap dan doakan kalian berjaya melalui fasa-fasa baru ini dengan kesabaran dan toleransi yang tinggi...
Sekali lagi.. Tahniah & Selamat Pengantin Baru..

#Happy & excited for you both even ......

Monday, November 24, 2008

Jalan-Jalan Cari Makan




























Seperti hari-hari minggu yang sudah, minggu ini tidak terkecuali untuk aku melakukan aktiviti yang menjadi kegemaran aku.. hehehe

Hari Sabtu (22 Nov 2008)

Makan tengahari di Jalan Belemi (belakang Istana Negara) - ikan bakar, sotong bakar, udang bakar... fuh!! sehingga menjilat siku...

Selepas menjamu selera, kitorang menuju ke Shah Alam. Dah lama tak berjalan-jalan disana.
Bermula di SACC Mall kemudian ke Plaza PKNS & seterusnya ke Plaza Alam Sentral.
Aktiviti yang tidak ketinggalan adalah nyum..nyum.. (makan lah).
Aku singgah di De Palma cafe di SACC Mall, makan ubi kayu rebus.. wah! boleh tahan bersama teh tarik.. (ujan lak masa tu) dan di Plaza Alam Sentral, kami pekena sup di Restoran Ani Sup Utara.. terangkat beb!!!

Hari Ahad (23 Nov 2008)

Pukul 1.15 tengahari bertolak ke Air terjun Sg. Gabai Hulu Langat..
Ramai pulak pengunjung minggu ni.. nak dapat pondok pun susah.
At last kami dapat pondok yang agak stategik.. hehehe.. pondok tinggi yang ada beranda..
Best!! Kami terus memasak udang bakar, sotong & ikan bakar..
Air asam sudah aku sediakan awal2 dirumah bersama ulam- ulaman...
Fuh!! Best giler dapat makan masakan simple2 macam ni tau..
Berendam dalam air yang bagai air ais bersama titisan-titisan hujan...
Kami bergerak pulang dalam pukul 5.30 petang..

Monday, November 17, 2008

Teman..

Hari minggu yang baru lalu ini terisi dengan kehadiran teman baru..
Teman baru yang dikenalkan oleh kawan karibku semasa dikolej dulu..
Terima kasih teman kerana bersimpati dengan kisahku..
Terima kasih juga kerana sudi menghulur salam silaturrahim padaku..

Teman,
Rupanya kisah kita hampir sama..
Kita sama-sama dikecewakan oleh orang yang kita sayang..
Namun penerimaanmu lebih baik dari penerimaanku...
Mungkin keazaman dan pandanganmu lebih kepada perkara positif...
Aku berterima kasih kerana kau berjaya meyakinkan ku tentang hikmah perpisahan itu..

Teman,
Sesekali kerenahmu nakalmu mengingatkan aku pada sidia..
Sidia yang telah mengecewakanku dan membuang aku terus dari hidupnya..
Namun, mungkin itu hanya satu kebetulan..
Aku senang melayan kerenah nakalmu itu walaupun jauh disudut hati aku menangis...
Menangis dek kerinduan yang tak kunjung padam..

Teman,
Kehadiranmu adalah anugerah dariNya dan
Aku harapkan keindahan persahabatan kita ini akan berkekalan..
Insyaallah..

Friday, November 14, 2008

Izinkan aku menjadi suaramu...

Cerita ini membuat aku terfikir masih adakah insan yang begitu murni hatinya di zaman ini??
Fikir - fikirkan lah iktibar dari cerita ini......
Malam itu, sungai Nil menjadi saksi cinta Farhan dan Balqis. Perasaan cinta Farhan tak dapat dibendung lagi. Esok mereka akan pulang ke tanah air masing-masing sebagai graduan Universiti Al-Azhar dan Farhan tak mahu kehilangan peluang keemasan itu. Dia menyatakan hasratnya untuk masuk meminang Balqis sejurus selepas balik dari bumi mesir ini. Senyuman Balqis cukup untuk Farhan sebagai jawapan dan mahar kepada tepak sirih yang bakal dihantar pihak lelaki nanti. Bagi Balqis, dia juga tidak mahu jika satu hari nanti dia dijodohkan dengan orang yang tidak sefikrah dengannya. Perjuangan dalam jemaah Islam disana tampak hebat sebagai pembantu utama Farhan selaku Amir.

Entah mengapa malam itu terasa singkat sekali, fajar sidiq mula menampakkan diri dan selesai solat subuh, mereka berangkat pulang. Kelihatan beberapa mahasiswa dan mahasiwi merenung keluar dari kapal terbang bagi melihat kali terakhir bumi yang banyak mengajar mereka menyintai Allah.
*** *** ***

Kenapa perlu ada pertemuan jika perlu ada perpisahan. Kerana perpisahan mengajar kita erti rindu, mengajar kita untuk menghargai seseorang dan perpisahan menambahkan lagi rasa sayang sesama manusia.
Sudah hampir sembilan bulan mereka diikat dengan tali pertunangan. Farhan mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya keperingkat master di Jordan. Manakala Balqis pula sedang berusaha menyiapkan diploma perguruannya di UPSI. Kerinduan yang melanda sejak lima bulan berlalu hanya terubat dengan surat yang diterima saban bulan. Dalam surat yang saban bulan dikirimkan mereka, tak putus-putus mereka menyatakan rasa cinta mereka dan rasa rindu yang sering menyelimuti malam hari. Mereka juga saling memperingatkan bahawa tiada yang lebih layak dicintai selain Allah dan RasulNya..

Bulan November menyaksikan bulan yang paling dramatis buat mereka. Balqis diserang demam panas yang melampau. Hampir seminggu dia terlantar dihospital. Akibat dari demam panas yang berlarutan, dia diuji dengan kehilangan nikmat bercakap. Balqis disahkan bisu.. Air matanya sering mengalir mengenangkan nasibnya dan nasib cintanya. Atas rasa tanggungjawab, balqis menyuruh kedua orang tuanya memutuskan tali pertunangannya dengan Farhan. Memang berat untuk dia merelakan teman sehebat Farhan dalam hidupnya, namun dia terpaksa demi kebaikan Farhan. Balqis malu, dan dia akhirnya membawa diri ke daerah luar Bandar. Setelah hampir setahun belajar bahasa isyarat, dia memulakan kehidupan barunya sebagai guru kafa bagi kanak-kanak bisu dan pekak. Baginya ilmu agama ini perlu disampaikan walau dengan apa cara sekalipun. Lama-kelamaan dia merasa bahawa mungkin inilah hikmahnya dia dicabut nikmat untuk bertutur.

Farhan pula hampir tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh ibunya melalui telefon, namun setelah menerima warkah terakhir dari Balqis dia akhirnya akur. Tak sempat dia menjelaskan segala-galanya pada Balqis apabila dia gagal untuk menjejaki kedudukan Balqis sekarang.
*** *** ***

Kehidupan Balqis bertambah baik saban bulan. Namun dia gagal menyembunyikan rasa rindunya terhadap insan yang selalu ada didalam hatinya. Di setiap solat, dia berdoa agar dia akhirnya dapat mengatasi masaalah itu. Dia tahu dirinya tidak layak lagi untuk dicintai. Hari ini sudah genap dua tahun dari sejak keberangkatan Farhan ke Jordan . Mungkin Farhan sudah bergelar pensyarah di salah sebuah IPTA sekitar Malaysia ini. Gumam hati Balqis. Itulah cita-cita Farhan selama ini dan menjadi harapan Balqis seketika dahulu. Dia baru saja selesai solat dhuha, kawan serumahnya yang juga kawannya semasa di mesir lagi bergegas masuk kedalam rumah. Dia membawa sampul surat bewarna merah. Wangi baunya. Seakan-akan kad jemputan kahwin.

"Dari Farhan." Mata Balqis membulat dan mula menakung air.

Hatinya dipujuk agar menerima takdir tuhan. Dia pasrah dengan keputusan Farhan. Dia juga merelakan perkahwinan itu. Dia tahu, Farhan layak untuk menyintai dan dicintai. Perlahan dia membuka sampul surat itu. Hatinya sekali lagi terasa ditampar apabila dia terlihat tulisan "Farhan & Balqis" pada pangkal kad jemputan kahwin tersebut. Belum sempat dia melakukan apa-apa, dedaun pintu rumahnya dikuak. Buat kali pertama dalam dua tahun ini Balqis dapat menatap wajah tampan Farhan. Dalam bahasa isyarat Farhan berkata. "Kita tidak perlu seseorang yang sempurna untuk menjadi teman hidup, tapi kita perlu seorang teman yang membuatkan kita rasa sempurna apabila kita bersamanya. Hampir setahun lamanya saya belajar bahasa ini hanya untuk menyatakan, izinkan aku menjadi suaramu." Airmata Balqis masih mengalir namun bibirnya sudah mula mengukir senyuman dan hatinya sedar akan cinta yang Allah cipta untuk hambanya terlalu agung.

Thursday, November 13, 2008

Wanita itu CANTIK...

Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
'Mengapa engkau menangis?'

'Kerana aku seorang wanita', kata sang ibu kepadanya.

'Aku tidak mengerti', kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, 'Dan kau tak akan pernah mengerti'

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
'Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?'

'Semua wanita menangis tanpa alasan',
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki
dewasa,tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
'Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?'


Allah berfirman:

'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun,harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan '
'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan
Menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya '
'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang Lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh '
'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya '
'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
Dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya '
'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang Baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya
dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu'
'Dan akhirnya,
Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'


'Kau tahu:'

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
Susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.'
'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
Kerana itulah pintu hatinya

'tempat dimana cinta itu ada.'

Wahai lelaki, sedar dan ingat lah kepada kecantikan wanita yang azali..

bukan pada kecantikan luaran semata-mata

Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah....
Setiap Wanita itu Cantik.

Wednesday, November 12, 2008

Sekali lagi..

Sekali lagi kupanjatkan kesyukuran kepadaNya kerana membuka mataku tentang dia..
Dengan kecanggihan teknologi terkini, aku dapat mengetahui sesuatu tentang dirinya..
Walaupun dengan secara tidak sengaja tapi aku bertambah yakin dengan keputusan ku kali ini...

Tuesday, November 11, 2008

Ketenangan

Alhamdulillah!
Ketenangan yang kucari untuk redakan gelodak hatiku telah kuperolehi.
Setelah agak lama tidak menyentuhnya, semalam aku mendapat ketenangan bila mana aku membaca isi kandungan nya..

Setelah membaca buat beberapa ketika, aku berasa seolah-oleh semangat juangku datang semula.. Aku dapat menepis segala prasangka negetif tentang hidupku dan menerima semua ini dengan tenang.

Aku akan lalui semua ini dengan tabah dan aku percaya akan ada sinar harapan dan kebahagian didepan sana buatku.. Insyaallah.

Terima kasih Tuhan kerana mengembalikan aku ke asalku..
Akan aku terus cuba memahami kitabmu dengan lebih mendalam buat pedoman hidup ini.

Monday, November 10, 2008

Kecewa...


Malam tadi aku realise yang kekecewaan dan kesedihan tu begitu sinomim dengan aku..
Kenapa?
Aku tak bermaksud untuk mempertikaikan ketentuan dari Nya jika ini adalah takdirku.
Cuma aku ingin faham kenapa aku selalu diperlakukan sebegitu oleh orang-orang yang aku sayang???
Adalah aku ini terlalu bodoh membiarkan diriku dipermainkan oleh mereka? Atau aku terlalu naif dalam menilai sesebuah perhubungan itu dan sanggup diperbodohkan??

Semalam, sekali lagi aku tersedar yang diriku tidak diperlukan oleh dia..
Setelah beberapa hari tertanya-tanya, rupanya dia sudah menemui hidup barunya..
Tipu untuk aku mengatakan yang aku tidak terluka dan kecewa..
Tipu juga untuk aku mengatakan yang aku gembira untuk dirinya..

Kekesalan bersarang dalam fikiranku dikala ini..
Kesal kerana membiarkan dia mempergunakan aku buat kesekian kalinya..
Aku tidak kesal kerana membantu nya dalam keadaan dia memperlukan pertolongan..
Aku tidak kesal kerana mendorongnya membuat perubahan positif dalam hidupnya..
Aku tidak kesal kerana membuat pengorbanan untuk membahagiakan dirinya...
Kekesalanku lebih kepada sikap dan harapan aku terhadap dirinya..

Dalam usia sebegini aku masih terlalu naif dalam mentafsir apa itu CINTA & PENGORBANAN..
Kekesalan dan kekecewaan kali ini diharapkan dapat membuatkan aku lebih berhati-hati dimasa depan..

Tuhan, kepadaMu aku berserah..
Jauhkan lah dia dari hati & fikiran ku..
Tenangkanlah hati ini dan dekatkan lah diriku dengan diriMu..
Amin..

Lelaki = Kucing Jantan???

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

1) Kucing jantan suka dibelai.
Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik. Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)

** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga...

Luu pikirr laa sendiru...Wah. .wah..kah. kah..kah. ."Meowwwww"

~petikan dari email Rifkah Jutasama~

Wednesday, November 5, 2008

Hikmah Sujud

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan.lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Renungan..

Wahai wanita solehah,
Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu,
Tidak terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan Senyuman,bicara manis yang menggoda Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya

Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita
Andai belum sampai juga rezekimu,
Anggaplah bahawa lelaki yang dinantikan itu Sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu, Kerana wanita itu pasti ada kekurangannya, Dan lelaki yang benar2 layak pasti hadir Untuk melengkapkan kekurangan pada dirimu

Suami yang bakal menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad S.A.W
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub
Ataupun segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman yang punya cita2 untuk membangunkan keturunan yang soleh

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama Suami menjadi pelindung dan kamu penghuninya Suami adalah pengemudi kapal dan kamu adalah navigatornya Suami adalah pelita kenakalan dan kamu adalah penuntun kenakalannya Saat suami menjadi raja kamu menikmati anggur singgahsananya Seketika suami sinis yang lancang sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan mancari keredhaan Allah Kerana memiliki suami yang tak segagah mana Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara Kamu cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah..

"Lelaki yang soleh adalah untuk wanita yang soleh,begitu juga wanita yang soleh dicipta untuk lelaki yang soleh"

Jodoh.. Mestikah Dikejar??

"Oh ibu, usiaku sudah lanjut, namun belum datang seorang pemuda pun meminangku? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?" Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma'zhum yang kaya raya.

Mendengar rintihan si anak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk mencari jodoh buat si puteri. Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh.

Namun sayang usaha si ibu tidak juga menampakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah nampak batang hidungnya.

Melihat keadaan ini, tentu saja gadis Bani Ma'zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa menjadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, "Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?"

Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah akhirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan.

Kenapa si pemuda itu bersedia menikahi gadis Bani Ma'zhum yang telah tua itu..? Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan kekayaan Rithah yang melimpah ruah.

Sebaik sahaja si jejaka telah berhasil menggunakan sebahagian harta Rithah, dia pun pergi tanpa pesan dan kesan.... Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergian suami yang tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dan kemurungannya dilepaskan Rithah dengan membeli beratus-ratus buku benang untuk dipintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi menjadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi.

Begitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengatakan, " Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau."(tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman)

AI-Qur'anul Karim mengabadikan kisah gadis Bani Ma'zhum ini dalam surat An-NahI ayat 29, "Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi bercerai-berai kembali..." Yang dimaksud Al-Qur'an dengan 'wanita pengurai benang yang telah dipintal' tidak lain adalah Rithah Al-Hamqa.

Dalam ayat tersebut, Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian, banyak ibrah yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma'zhum tersebut.

Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda: "Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat". Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri.

Episod Rithah juga mengajar kita untuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Kalau ibu Rithah mendatangi berbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapat jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul Doa) agar tujuan kita tercapai. Allah sendiri telah berfirman: "Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepada-Ku..." (QS.2:186)

Dengan ayat tersebut, Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan pada-Nya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkiri janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, "Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepada-Nya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa."

lbrah berikutnya yang dapat kita petik, ialah memupuk sikap 'sabar'
dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah semakin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45, "Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu', iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya."

Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam masalah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang - wallahu a'lam - sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam masalah jodoh malah membuat kehidupan selepas pernikahan jadi tidak seindah semasa masih bujang.

Di samping itu, kita pun harus tetap menjaga kemurnian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring dengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. Sungguh beruntung sekali menjadi orang-orang mukmin. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan bersabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu menjadi baik pula baginya.

Kisah gadis Bani Ma'zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap telah mampu memikulnya kerana amanah merupakan sesuatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabkan. Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut. Sikap kita yang paling baik dalam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepada-Nya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah.

"Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui." (QS.2:216)

Akhir sekali, kisah Rithah memberikan ibrah kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat dia 'gila sasau'. Bagi kita, tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A'la pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah adapun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah). (QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita.

Tuesday, November 4, 2008

Ayat-Ayat Cinta

Aku terpesona dengan lirik lagu ini..

Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang

kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan

~Rossa~

Jauh terpisah..

Alhamdulillah, awak dah selamat sampai ditempat baru.
Hari ni dah masuk hari ke tiga awak disana.
Dah dapat rumah dan house mate baru yang saya kira baik hatinya..
Awak juga dapat 3 ekor anak kucing yang comel untuk jadi peneman awak dikala sunyi..
lepas ni kalau boring, boleh la awak bercakap-cakap dengan anak2 kucing tu.. hehehe

Esok awak akan memulakan kerja ditempat baru, walaupun jauh dari sini saya akan tetap doakan awak gembira dan berjaya ditempat baru ni nanti..

Awak,
Saya dapat lihat yang awak makin matang dalam melayari hidup yang penuh dugaan ini..
Saya gembira bila awak cool dan matang dalam menghadapi semua ini..
Termasuklah melayani kerenah saya.. :-)
Terima kasih awak kerana telah banyak berubah selepas perpisahan kite dulu..
Saya harap awak akan stay cool & mature macam sekarang ni..

Monday, November 3, 2008

31 Oct 2008 - Open House

Alhamdulillah, Deeparaya Open House berjalan dengan lancar.
Aku adalah antara orang yang bertanggungjawab menguruskan dekorasi bilik dan aktiviti untuk open house.
Teima kasih buat Aduka yang menbantu aku membuat wording dekorasi dan best dress wording. Walaupun dengan budget yang ciput, hasil kerja tangan kami berdua tidak kurang kreatif dan cantiknya.. Hahaha
Terima kasih juga buat Shahril yang bertungkus-lumus disaat akhir untuk slide presentation dan muzik untuk karaoke..
Happening jugak walaupun sedikit kelam kabut.. hehehe
Walaupun berlangsung agak lewat, tapi semua yang hadir bergembira dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan..

Template by:

Free Blog Templates